Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 17 Mac untuk pengurusan lanjutan
kes saman fitnah aktivis Datuk Marina Mahathir terhadap 16 anggota NGO
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
Hakim Rosilah Yop juga mungkin mengarahkan defendan menyertakan
penyataan pembelaan dan menetapkan tarikh perbicaraan selepas
pihak-pihak itu bertemu.
Marina, 57, bulan lalu memfailkan saman terhadap Presiden ISMA Abdullah Zaik Abd Rahman dan 15 anggotanya.
Ini ekoran pengedaran 70,000 risalah pada Disember lalu yang menyebut
Marina antara dalang di belakang Gabungan NGO Malaysia (Comango) dalam
proses Penilaian Penggal Sejagat (UPR), Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB).
Risalah berjudul “Dalang di sebalik Comango” turut memasukkan Marina sebagai anggota lembaga NGO hak wanita Sisters in Islam.
1 comment:
masa pru 13 isma sekongkol ngan pak si marina lanie kena baliun balik ngan anak madey..padan muka
Post a Comment