Inilah calon 'Melayu' pilihan Brahim Ali
“Calon BN siapa pula? Kalau tanya saya, Chew Mei Fun, naib presiden MCA. Dulu (beliau) letak jawatan timbalan menteri kewangan atas isu malu video seks presiden MCA ketika itu.
“Hebat moralnya kalau nak dibanding dengan Anwar,” kata Ibrahim (kiri).
Chew pada 2010 meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dan ketua wanita MCA selepas Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menang jawatan presiden parti.
Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim melihat kelebihan Chew itu dapat digunakan bagi menarik sokongan terhadap BN berbanding Anwar yang berdepan rayuan terhadap pembebasannya dalam kes Liwat II.
“Jika ini calon (BN untuk) pilihan raya kecil DUN Kajang, sama-sama kita lihat apakah sikap majoriti rakyat pengundi Kajang?” kata bekas anggota Parlimen Pasir Mas itu.
“Moga-moga Tuhan menunjukkan kebenaran dalam pilihan raya kecil Kajang.”
Dalam kenyataannya, Ibrahim turut membidas tindakan bekas wakil rakyat Kajang, Lee Chin Cheh yang meletak jawatan.
Menurutnya, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sepatutnya mengosongkan kerusi Bukit Antarabangsa buat Anwar dan bukan "mengorbankan kaum Cina sebagai alat".
"Azmin juga ADR (anggota Dewan Rakyat). Hilang ADUN, masih ADR. Azmin pula orang kuat Anwar.
"Mana dia nilai pengorbanan? Pengorbanan lain boleh," kata Ibrahim yang turut menyifatkan pilihan raya kecil Kajang sebagai "membuang duit rakyat".
2 comments:
KATAK B BERBUNYI SEMULA, TAPI HUJAN TK TURUN JUGA.
KENAPA PANDAI2 MERANCANG UTK PKR SURUH AZMIN LETAK JAWATAN LA.
KENAPA HAPPY SGT CALON WANITA MCA BERTANDING. PATUTNYA KAU LA YG LAWAN ANWAR WAHAI KATAK.
PATUTNYA KAU ATAU ZULKIFLI JIN KULIM ATAU HASSAN BERAS JATI ATAU AT LEAST SAIFOOL YG LAWAN ANWAR KT KAJANG. TAK PUN SURUH JE UMI PONTIANAK LAWAN.
ATAU MAHATHIR. SMUA DAYUS TAKUT DGN ANWAR.
TIDO LEBIH MULIA UTK KAU KATAK. ATAU MASUK SEMULA KE WAD JANTUNG.
MAHATHIR SOKONG ANTI HADIS KENAPA KAU DIAM KATAK? MANA BERJUANG UTK ISLAM KAU. MANA KEHEBATAN KAU MENGELAR DIRI SENDIRI PANGLIMA JIHAD.
SEMUA NAJIS KUCING JE KAU NI KATAK
Post a Comment