Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan penglibatannya dalam
arahan pertukaran guru yang diminta berpindah akibat menentang
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada minggu lalu.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata arahan pertukaran tersebut mungkin
dikeluarkan oleh pejabat pendidikan daerah yang masih belum diketahui
sebabnya sama ada berkaitan PBS atau sebaliknya.
"Saya nak nyatakan, saya tak keluarkan apa-apa arahan untuk mengambil
tindakan terhadap mana-mana guru termasuk mereka yang dalam Suara Guru
Masyarakat Malaysia (SGMM).
"Kalau ada mungkin di peringkat pentadbiran daerah. Saya tak tahu sebab
musabab adakah kerana fakta yang lain atau hanya atas sebab dia
menyuarakan ketidakpuasan hati tentang PBS," katanya kepada pemberita
dalam lawatan kerjanya bertemu penduduk Kajang hari ini.
Presiden SGMM Mohd Nor Izzat Mohd Johari pada minggu lalu dilaporkan
diarahkan untuk bertukar ke sebuah sekolah pedalaman setelah dipercayai
menentang pelaksanaan PBS oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). –
24 Februari, 2014.
2 comments:
budek!! bodek..mcm mau jadik pengarah pendidikan negeri shj.
PPD ni nak cepat naik pqangkat kurang kurang pun JUSA C
Post a Comment