Datuk
Seri Najib Razak kini berdepan tekanan yang kuat dari dalam serta luar
partinya.Malah, adiknya sendiri Datuk Nazir meluahkan kebimbangannya,
sambil menasihati Najib melakukan yang terbaik buat negara.
Penentangan
terhadap pentadbiran Najib datang daripada pihak konservatif Umno yang
diterajui bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang pernah
memerintah Malaysia selama 22 tahun.
Isu Allah yang ditimbulkan pimpinan veteran parti itu dilihat senjata paling ampuh bagi menumbangkan Najib.
Di samping itu, tekanan dari luar Umno turut menyebabkan Najib dilihat tidak lagi stabil.
Rakyat
Malaysia menghentamnya berhubung kenyataan harga kangkung yang
dibuatnya. Kini Najib berdepan cabaran bagi mengemudi BN bagi menghadapi
pilihan raya kecil Kajang yang ditandingi penasihat PKR Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Sudah tentu Najib tidak dapat menghadapi laluan getir di dalam pilihan raya kecil itu.
Pelbagai
pihak berkata Najib seakan tidak mahu bertanggungjawab terhadap isu
Allah dengan berkata penyelesaian 10 perkara yang ditandatanganinya
menjelaskan kalimah tersebut bebas digunakan penganut ajaran Kristian.
Bagaimanapun, setiap negeri mempunyia enakmennya sendiri.
Bekas
presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim
menulis di dalam tweetnya: “Putrajaya mahu menyerahkan tanggungjawabnya
kepada Selangor. Satu alasan pemimpin pengecut.”
Najib
mendiamkan diri ketika ketegangan agama di antara umat Islam serta
penganut Kristian berlanjutan. Apabila beliau bersuara, ternyata
kenyataannya mendatangkan rasa kecewa.
Prestasi
BN yang merudum ketika PRU13 menyebabkan Najib kini diserang
pengkritiknya. Perkara yang sama pernah menimpa bekas Perdana Menteri
kelima of Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009
Prestasi
Najib lebih teruk kerana BN kehilangan undi popular buat kali pertama
tetapi beliau meraih lebih banyak kerusi parlimen (88 kerusi) berbanding
Tun Abdullah pada PRU12 (79 kerusi).
Ini disebabkan berlakunya Tsunami Cina yang menyebabkan masyarakat itu mengundi DAP.
Bolehkah
Najib mengekal kedudukannya selaku perdana menteri? Adakah Umno akan
tetap menerimanya walaupun beliau dilihat kurang berjaya mengekalkan
populariti?
Pensyarah
Sains Politik di Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohd Faisol Keling
berkata: “Kegagalan Najib melakukan transformasi serta ketidakupayaannya
mengurus negara dengan berkualiti memberikan kesan besar kepada
pengaruhnya, di dalam Umno sendiri.”
Faisol berkata, pentadbiran Najib gagal melakukan analisa sewajarnya bagi kesejahteraan ekonomi negara.
“Ketika era Mahathir, pembuat dasar seperti Tun Daim Zainuddin merupakan tokoh berwibawa.
“Najib kini dilihat gagal menangani pelbagai isu, baik oleh masyarakat serta ahli Umno.
“Imejnya
pernah menjadikan beliau diangkat. Kini, prestasinya sebagai Perdana
Menteri diadili melalui kepimpinannya,” tambah Faisol.
Beliau juga kurang optimis bahawa Najib bakal mempertahankan pengaruhnya ketika berdepan kritikan daripada partinya sendiri.
Ketika
ditanya kemungkinan Tun Mahathir kembali menerajui negara, Faisol
berkata: “Saya kurang pasti sejauh mana Mahathir mampu kembali menerajui
negara. Beliau mampu memberi pendapat.
“Tetapi kerana usianya, sukar bagi Mahathir kembali ke tampuk pemerintahan.”
“Memang benar ada yang menggesa beliau kembali kerana pencapaiannya ketika menjadi Perdana Menteri.”
Najib bagaimanapun tentu tidak akan membiarkan dirinya jatuh. Apa yang bakal berlaku? Umno bakal roboh dari dalam?
No comments:
Post a Comment