KUALA
LUMPUR 15 FEB: Naib Presiden KEADILAN, N Suerendran mengesyaki tindakan
MPH memutuskan tidak menjual buku biografi Anwar Ibrahim kerana
rangkaian kedai buku itu dimiliki Syed Mokhtar Albukhary, kroni Umno-BN.
“Ada kemungkinan tindakan ini disebabkan arahan daripada orang atasan. Syarikat MPH ini dimiliki oleh Syed Mukhtar Albukhary.
“Jika disebabkan desakan politik orang atasan, itu tidak wajar.
Sepatutnya semua buku dijual (tanpa ada sekatan politik), ” kata
Surendran kepada Keadilandaily.
Sementara itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Khairul
Anuar Ahmad Zainuddin berkata tindakan tersebut tidak profesional dan
MPH sepatutnya mengekalkan intergritinya yang bebas tanpa mengikut
petunjuk golongan politik tertentu.
“Buku-buku tentang tokoh politik, memoir seperti tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) oun ada dijual di MPH.
“MPH kena pertahankan intergriti. Tindakan MPH ini merupakan tindakan yang tidak profesional,” kata Khairul MPH bookstore melalui rangakaian kedai buku syarikatnya mengesahkan
tidak menjual Biografi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
yang bertajuk ‘Evolution of Muslim Democrat’.
Bagaimanapun buku-buku tersebut didapati telah terjual di kedai buku lain seperti Borders dan Kinokuniya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59353
No comments:
Post a Comment