SAMM Pulau Pinang menyelar tindakkan kurang cerdik individu (pro umno) membuat provokasi kecoh dengan memaki hamun di Program Ceramah bersama YB Rafizi, YB Sim Tze Tzin YB Tkm1 Haji Rashid Hasnon dan Pemimpin Pakatan Rakyat Setempat di Bukit Gedung Pulau Pinang.
Program Penerangan Isu Semasa Rafizi di Bukit Gedung, Pulau Pinang - http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/02/program-penerangan-isu-semasa-rafizi-di.html
Dalam kekecohan semalam terdapat tindakan kurang cerdik dari puak-puak terdesak untuk mencipta isu.
Dalam kancah politik Malaysia belum pernah kita lihat tindakan ganas dan kurang cerdik seperti ini dari Rakyat Pro Pakatan Rakyat.
Antara persoalan yang bermain dalam fikiran setiap Rakyat yang hadir di program berkenaan.
1. Siapa sebenarnya yang serang siapa dulu dengan membuat provokasi dan di program siapa?
2. Apa kaitan dengan penyerahan notis roboh rumah di Waterfall Pulau Pinang kepada YB Rafizi Ahli Parlimen Pandan?
3. SAMM Pulau Pinang mengutuk keras tindakkan melulu beberapa individu yang membuat kecoh di tempat ceramah semalam tidak profesional dengan menjerit-menjerit memaki hamun Penceramah yang hadir semalam.
4. Selepas selesai insiden di ceramah bukit gedong kelihatan individu yang menganggu dan yang ingin serahkan notis tersebut bersama tkm1 berbincang tentang pekara tersebut di Nasi Kandar Kassim Mustapa, ada cara mudah utk berjumpa tapi kenapa pada awalnya perlu membuat kecoh di tempat ceramah?
Sebenarnya mereka terdesak untuk mencari isu untuk menyerang Pakatan Rakyat.. Mereka menggunakan media massa pro kerajaan yang hadir semalam untuk memanipulasi isu dan bertujuan menyerang Pakatan Rakyat.. Tetapi mereka tersilap langkah, kerana kami tidak berminat melayan provokasi yang cuba di timbulkan.. Kerana kita dari Pakatan Rakyat tidak mudah termakan provokasi..
Turut hadir semalam lebih kurang 6 orang Pengawai Keselamatan (SB) tetapi mereka berjaya mengawal keadaan.. Penyokong Pakatan Rakyat juga berjaya menenangkan keadaan untuk mengelakan daripada berlaku insiden yang lebih buruk..
1 comment:
Puak ni tak reti hormat siapa yang memerintah Pulau Pinang. Cuba kalau PM di buat mcm ni atau mana2 menteri besar dari Bn di buat mcm ni. Dah lama duduk dalam. Melayu penang yang tek berapa melayu ni selalu pening.
Post a Comment