Menjelang PRU 13 yang lalu, ISMA lantang melaungkan perlunya agar pengundi Melayu mengundi calon-calon Muslim. Untuk membuktikan semangat pro-Melayu/Islam mereka, ISMA juga telah meletakkan calon Muslim bagi kerusi majoriti Melayu yang ditandingi oleh calon-calon non-Muslim sama ada dari BN atau PR.
Anehnya, sentimen pro calon Muslim ISMA seakan tersorok dalam kain bagi situasi PRK Balingian dan PRK Kajang. Di Kajang, Wan Azizah Wan Ismail (PKR) adalah Melayu-Islam menentang Chew Mei Fun (BN) iaitu seorang Cina beragama Buddha.
Manakala di Balingian, Abdul Jalil Bujang (PKR) adalah Melanau-Islam menentang Yussibnosh Balo (BN) iaitu seorang Melanau beragama Kristian.
Setakat ini belum terdengar kenyataan pimpinan ISMA yang menyokong calon-calon Muslim yang bertanding dalam kedua-dua PRK tersebut.
Setakat ini belum terdengar seruan pimpinan ISMA agar pengundi Muslim mengundi kedua-dua calon Muslim tersebut.
Nampaknya, kiblat politik ISMA semakin terselak mutakhir ini.
Nak menyorok lagi? - Hasbie Muda
2 comments:
undi Cina yg KETUAnya MELAYU ISLAM atau undi Melayu yg KETUAnya CINA extremist Kristian?
kalau ikut MUDARAT, undi MELAYU bertunjangkan keKAFIRan adalah lebih merbahaya....sekadar paandangan....:)
Hoi pencacai ISMA , ko tuduh Anwar Cina kristian. Memang ISMA penjilat UMNO
Post a Comment