Perdana Menteri Australia berkata tentera udara negara itu sedang
menyiasat tentang kemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang
hilang itu ditemui di laut. Ini berikutan penemuan imej satelit, lapor
Reuters India dalam Twitternya.
Perdana Menteri Australia berkata, "Mengikut analisis pakar oleh imej
satelit itu, dua objek yang berkemungkinan berkaitan dengan pencarian
pesawat Malaysia Airlines dapat dikenal pasti." tulis Reuters dalam
tweet tersebut.Perdana Menteri Australia, Tony Abbott dalam kenyataan di Parlimen memberitahu tentang dua objek yang ditemui itu dan berkata, "Maklumat baru dan boleh dipercayai ditemui dalam usaha mencari di Lautan Hindi."
"Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menerima maklumat imej setelit yang kemungkinan berkaitan dengan apa yang dicari."
Abbott berkata, pasukan pencari dan penyelamat hampir tiba ke kawasan objek tersebut dikesan menjelang beliau berucap di Parlimen. Tiga buah lagi pesawat juga dalam perjalanan ke sana, katanya.
Abbott mengatakan dia bercakap dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Najib Razak sambil memberitahu objek itu masih belum disahkan lagi.
"Usaha untuk menemui objek ini bukannya senang dan mungkin juga ia tidak berkaitan dengan MH370 yang sedang dicari," katanya.
AMSA akan mengadakan sidang media di Canberra pada 0430 GMT.
Pihak berkuasa Malaysia Isnin lepas meminta Canberra mengambil tanggungjawab mencari di "Koridor Selatan" dalam usaha mencari Boeing 777 yang hilang pada pagi 8 Mac dalam perjalanannya ke Beijing, China dengan 239 penumpang itu.
Kerajaan Malaysia percaya, pesawat itu secara sengaja ditukar hala tujunya dan terbang beberapa jam selepas keluar dari laluan asalnya – samada ke utara Asia Tengah atau ke selatan di Lautan Hindi.
Kapal terbang penyelidik jarak jauh Australia, Amerika dan New Zealand berusaha mencari di Lautan Hindi sejak Selasa dengan fokus kepada kawasan seluas 305,000 kilometer persegi, kira-kira 2,600 tenggara Perth. ~tmi
No comments:
Post a Comment