KAJANG, 9 MAC: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
diumum sebagai calon bari bagi pilihan Raya Kecil DUN Kajang.
Beliau
akan menggantikan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hilang
kelayakan untuk bertanding di kerusi itu selepas dijatuhi hukuman
penjara lima tahun oleh mahkamah rayuan.
Perkara itu dinyatakan Anwar dalam satu sidang media di Kajang, hari ini.
Dalam sidang media yang sama, Wan Azizah mengingatkan rakyat Malaysia
agar tidak terkesan dengan tekanan yang diberikan oleh Umno BN, susulan
hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas Anwar.
“Saya berterima kasih atas kepercayaan dan amanah yang telah dipertanggungjwab kepada saya,”
“Saya akan membawa suara rakyat kerana saya mewakili rakyat biasa
juga yang melihat ketidakadilan ini, saya ajak semua rakyat Malaysia
bersama dengan beri satu mesej yang jelas (kepada Umno BN).
“Kita tidak boleh terus ditindas oleh ketidakadilan walaupun mereka
nak jatuhkan, menguburkan niat kita untuk bawa malaysia yang lebih baik.
“Mari kita bersama, jangan berundur, kita teruskan perjuangan,” katanya.
Sidang media tersebut turut dihadiri pengarah pilihanraya Pas, Dr Hatta Ramli dan penasihat DAP, Lim kit Siang.
Suruhanjaya Pilihanraya menetapkan tarkh 11 Mac sebagai penamaan calon manakal 23 Mac depan sebagai tarikh pembuangan undi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59977
No comments:
Post a Comment