Wednesday, March 19, 2014

WEEK TWO...TWO WEAK!!! Mari tengok kartun memedihkan Profesor Kangkung Kaki Bodek



Kartun yang disiarkan di Washington Post semalam.    

























Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque mempertahankan kartunnya yang disiarkan oleh media Amerika, Washington Post walaupun cuba dipertikaikan seorang profesor Malaysia.

The Star Online melaporkan kenyataan Ketua Politik, Keselamatan dan Ehwal Antarabangsa Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak bahawa kenyataan Zunar  itu "tidak sensitif dan misleading" serta "hanya spekulasi dan tuduhan liar."

Sementara itu, dalam satu kenyataan Zunar hari ini,  beliau berkata pandangan yang diluahkan menerusi kartunnya itu adalah berdasarkan reaksi media seluruh dunia terhadap apa yang berlaku elepas masuk mingggu kedua pencarian pesawat MH370.

"Saya pertahan pandangan saya dalam Washington Post bahawa sidang akhbar Najib itu hanya ‘wayang’ untuk mendapat keuntungan politik. Sikap flip-flop dalam pembatalan di saat akhir satu lagi sidang akhbar yang dijadual tiga jam selepas itu menggambarkan kelemahan pentadbiran beliau," katanya.

Dalam kartunnya, Zunar menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai lemah dalam menguruskan tragedi kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu.

"Week two....too weak" adalah dialog yang ditulis Zunar dalam kartunnya yang disiarkan Washington Post semalam.


The Star Online hari ini menyiarkan laporan bertajuk "Local cartoonist Zunar slammed over Washington Post comic strip" (Kartunis tempatan dihentam kerana kartun dalam Washington Post).

Artikel ini adalah respons kepada kartun Zunar yang disiar oleh Washington Post sehari sebelum itu.

Akhbar Amerika itu menyiarkan kartun Zunar dalam artikel bertajuk, "Cartoon of the day: Malaysian artist on the lost jet – and his government’s ‘weak’ response to it. (Kartun hari ini: Artis Malaysia komen mengenai kehilangan jet serta kerajaan yang 'lemah').

"Saya memahami sesetengah ahli akademik kerjanya membela perdana menteri, tetapi Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa nampaknya tidak cukup membaca sebelum dia membuka mulut," kata Zunar dalam kenyataannya.

Menurut Zunar, beliau membuat kesimpulan yang kemudian diterjemah dalam kartun hasil pembacaan serta analisis yang bukan saja diperoleh melalui media perdana tempatan saja, tetapi melalui puluhan media antabangsa lain juga.

"Jika Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa menonton dan membaca CNN, Al Jazeera, Washington Post, Jakarta Post, South China Morning Post sebagai contoh, pasti akan terbaca bagaimana China, Amerika dan Vietnam sangat kecewa dengan Malaysia yang didakwa tidak berkongsi maklumat. Semalam Indonesia juga melahirkan kekecewaan yang sama," kata Zunar.

Beberapa jam lepas, BBC melaporkan keluarga penumpang di China mengugut melancarkan mogok lapar sekiranya pihak berkuasa Malaysia gagal memberi mereka sebarang maklumat tepat mengenai MH370.

"Saya tidak menyatakan kita harus percaya segala laporan media luar negara, tetapi pemahaman kita akan menjadi sangat cetek jika kita hanya membaca akhbar arus perdana," katanya.

"Tun Dr Mahathir (ini tidak bererti saya suka kepada beliau) akan memberi komen dan arahan jelas mengenai isu ini hampir setiap hari sekiranya ia berlaku di era beliau.

"Tetapi Najib tidak hanya melepaskan tanggungjawab ini kepada seorang lagi menteri ‘tidak upaya’ Hishammuddin Hussein, tetapi mengambil masa tujuh hari sebelum membuka mulut untuk mengadakan sidang akhbar. Itu pun tidak berani berhadapan wartawan dengan enggan menjawab sebarang soalan," katanya. – 19 Mac, 2014.

No comments: