Tadi masa di kedai makan kebetulan berita
tengahari sedang ke udara jadi adalah berita mengenai insiden kemalangan yang
melibatkan tokoh politik DAP iaitu YB Karpal Sigh dan berhampiran meja saya
adalah tiga lelaki islam berusia 40an (tekaan saya) bercakap dan komen mengenai
mendiang.
"Pergi dah seorang yang lantang menolak hudud dan negara
islam,itulah mulut terlebih 'bijak' sangat."
Saya malas nak mencelah sebab rasa tiada manfaat pun mahu mencelah
dengan pemikiran 'pekat' ortodoksnya.
Tak lama lepas itu saya terdengar perbualan
dengan rakannya yang saya rasa macam tersembur nasi dekatnya.
"Eh kau ada gambar kereta yang kemalangan
semalam tak?nak tengok nombor platnya kejap lagi bolehlah tikam nombor tu.mana
tahu mengena ke."
Dalam hati saya kata buat malu islam sahaja ada
orang sebegini,marah sebab orang lain tolak hudud dan negara islam tapi diri
sendiri pun islam entah ke mana diletaknya,ingat pejuang islam sangat sekali
sembang pasal judi nombor pula.
Ciss!
1 comment:
beginilah perangai pejusng nama allah!!!
Post a Comment