KUALA
LUMPUR 30 APR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempersoalkan
tindakan kerajaan Malaysia menahan rakyat Malaysia di bawah Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) atau SOSMA.
“Mengapa penahanan dengan tuduhan misi jihad ini dilakukan sebaik
sahaja Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama selesai mengadakan
lawatan beliau ke Malaysia?
“Timbul persoalan bahawa ini merupakan satu cubaan untuk membodek AS
agar Malaysia dilihat sebagai sebuah negara sekular yang bersekutu
dengan AS,” kata Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau
CheguBard.
CheguBard turut mempersoalkan apakah penahanan kali ini bagi mendapat
sokongan White House dalam isu kecelaruan demokrasi yang berlaku
Malaysia seperti dibangkitkan oleh Presiden AS Barrack Obama ketika
lawatannya minggu lalu.
Mengikut laporan media, kesemua yang ditahan merupakan kumpulan yang kononnya akan berlepas ke negara bergolak untuk berjihad.
“Sekali lagi, akta drakonian ini digunakan untuk menahan orang awam atas kesalahan yang belum berlaku.
“Penahanan atas satu kesalahan yang berdasarkan kepada andaian.
Sedangkan risikan PDRM mengakui ada di antara orang kena tahan ini tidak
mempunyai rekod kesalahan lampau,” kata CheguBard.
Tambahnya, mengingatkan PDRM tidak mengabaikan hak-hak Orang Kena Tahan sepanjang kes ini disiasat.
“SAMM akan terus memerhati dari dekat perjalanan kes ini dan
mengambil tanggungjawab penuh dalam usaha membebaskan aktivis kami
daripada pertuduhan ini serta kebajikan isteri dan waris beliau,”
katanya.
Beliau turut menyeru peguam rakyat dan gerakan masyarakat sivil
tampil membantu membebaskan aktivis SAMM daripada segala pertuduhan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61162
No comments:
Post a Comment