Friday, May 23, 2014

KERANA 'UMNO CELAKA'!!! MCA tuduh UMNO barbarik (Barbarian), kenapa Samseng UMNO tak serang ibu pejabat MCA?

MCA menyertai musuh politiknya DAP apabila mengecam rakannya dalam Barisan Nasional (BN), Umno selepas ahli parti Melayu itu menyerbu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam, dengan memberi amaran, tindakan barbarik (kasar dan kuno) itu akan menjauhkan lagi pengundi daripada parti pemerintah itu.
 
Dalam kenyataan keras empat paranya, Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng, berkata tindakan ahli Umno itu barbarik, menghina Dewan Udangan Negeri dan tidak menghormati prinsip yang bertamadun.

"Tindakan barbarik dan ganas oleh ahli Umno dan Pemuda Umno hanya akan membuat pengundi menolak BN, selaku ahli komponen parti, MCA dan Gerakan selalu terdedah kepada kerosakan nama baik apabila turut dikecam dan dikrtitik oleh pengundi.



"Bahkan, masih ada pemimpin Umno dan Pemuda Umno masih bertanya mengapa orang Cina tidak menyokong MCA.

"Jika pemimpin Umno masih mahu bertanya kenapa pengundi tidak menyokong BN, mereka harus perhatikan apa yang dibuat oleh ahlinya. Jika Umno mahu kepercayaan pengundi dan menyokong, mereka harus mendisiplinkan dahulu ahlinya," katanya.

BN hilang majoriti dalam dua kali pilihan raya berturut-turut dan yang paling teruk kalah adalah MCA dan Gerakan sedangkan sokongan kepada Umno terus meningkat daripada sokongan pengundi luar bandar.

Tan berkata, Malaysia adalah negara demokratik dan masyarakatnya bertamadun, menyebabkan serbuan ke dewan undangan negeri tidak patut dilakukan.
Katanya, jika ahli Umno tidak berpuas hati dengan kenyataan ahli dewan, masih banyak ruang demokratik dan bertamadun boleh dibuat berbanding dengan perbuatan menyerbu dewan negeri.

Dalam kejadian jam 2.15 petang semalam, kira-kira 60 berjaya memecah masuk pintu pagar automatik dan menyerbu masuk ke dewan undangan negeri di Lebuh Light.

Di dalam dewan mereka menjerit menuntut Adun Seri Delima, R S N Rayer, yang tidak ada dalam dewan pada sesi petang, untuk memohon maaf berikutan kenyataan "Umno celaka" yang dibuatnya sehari sebelum itu.

Dewan sedang berehat ketika mereka memasukinya dan mereka meninggalkan dewan itu kira-kira 10 minit kemudian dengan diiringi keluar oleh unit protokol.
Susulan kejadian itu, polis menahan 12 orang berumur antara 32 hingga 55 tahun. – 22 Mei 2014.

3 comments:

batu pelangi said...

Sudah tiba masanya parti MCA dan
GERAKAN meninggalkan BN.Parti perkauman ini memang CELAKA! Mereka
MASIH tidak boleh menerima yang
MALAYSIA ini penduduknya berbilang
kaum.Mereka ingat MALAYSIA ni MELAYU
yg punya.

Unknown said...

Tuduhan MCA bahawa "UMNO BARBARIC" boleh di katakan it's a sentimental melody. Namun , melody tersebut tidak akan kemana kerana sikap "SYAITAN YANG DI KENALI" telah pun menunjuk kan belang nya walau pun sudah berkali kali di tegur. Sebagai contoh, berniak untuk membakar HQ DAP di K.L dan merosak kan harta DAP di Kuantan. Itu belum lagi di ambil kira perbuatan "BIADAB, ANGKOH DAN SOMBONG" mereka sejak dari hari penamaan calon Teluk Intan yang berterusan sehingga ke hari ini.

Sekira nya MCA dan coalition mana pun yang bersekongkol dengan UMNO mempunyai jati dari dan ingin melihat "KERHONIAN" politik di Negara ini, elok lah mereka tinggalkan UMNO yang barbaric ini. Itu sahaja jalan keluar agar UMNO membuat koreksi.

Unknown said...

Mohon Laluan Tuan Untuk Kenyataan Media Pembela berkenaan sikap tidak sensitif sesetengah pihak terhadap agama Persekutuan

http://www.bangkit.info/2014/05/kenyataan-media-pembela-berkenaan-sikap_24.html

Terima kasih atas ruang kebenaran.