HULU TERENGGANU, 10
April (Bernama) -- PAS Kawasan Hulu Terengganu yang mengadakan
Mesyuarat Agung hari ini telah sebulat suara mencalonkan Datuk Seri
Abdul Hadi Awang untuk terus kekal sebagai Presiden manakala Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man pula dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden.
Keputusan pencalonan sempena muktamar tahunan parti yang dijangka
berlangsung Jun depan itu dicapai dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-31
PAS kawasan itu yang diadakan di Kubang Lembek dekat Manir di sini hari
ini.
Sementara itu, tiga calon Naib Presiden Pas yang dipersetujui pula
ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah
serta dua Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat iaitu Nasrudin Hasan
Al-Tantawi dan Idris Ahmad.
Setakat ini hanya PAS Kawasan Besut dan Hulu Terengganu sahaja sudah
selesai mengadakan mesyuarat manakala enam kawasan lain iaitu Setiu,
Kuala Nerus, Marang, Dungun, Kemaman dan Kuala Terengganu akan
bermesyuarat sebelum 25 April ini.
Keputusan yang dicapai oleh PAS Kawasan Hulu Terengganu pada hari ini
juga adalah calon yang sama dipilih oleh PAS Kawasan Besut pada minggu
lepas.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment