PARIT BUNTAR, 11 Mac : Permainan tradisi Melayu semakin dilupakan oleh generasi kini terutama golongan muda. Permainan seperti kunda kundi, sepak bulu ayam, guli, teng teng, congkak, dam aji, galah panjang adalah permainan klasik yang dikenali.
Namun begitu, ada badan dan pertubuhan yang masih bergiat mempertahankan permainan tradisi orang Melayu ini.
PAS Sungai Baru Pangkal telah membuktikan bahawa pertubuhan politik juga berusaha mempopularkan permainan tradisi Melayu apabila menganjurkan Pertandingan Juara Dam Aji.
Menurut Pengarah pertandingan Abdul Yazid Haji Sadri, sebelum ini peserta pertandingan ini hanya bermain secara suka-suka di kedai kopi.
“ Tetapi kali ini kita menjadikan permainan itu satu pertandingan yang menarik dan istimewa bagi penduduk di sini” ,” katanya ketika ditemui berlangsungnya pertandingan berkenaan
Abdul Yazit berkata, pertandingan yang melibatkan kategori individu ini telah menarik ramai penyertaan dan berlangsung dengan meriah.
“Peserta-peserta masuk bertanding bukan hanya kerana hadiah yang ditawarkan tetapi tetapi semangat untuk memasuki pertandingan serta berkumpul bagi memupuk perpaduan sesama penduduk” katanya.
Abu Kasim Haji Kadri telah muncul sebagai juara pertandingan dam aji apabila mengenepikan pencabarnya Aziz Sulaiman dalam pertandingan akhir.
Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada peserta pertandingan.
No comments:
Post a Comment