Wednesday, April 7, 2010

Baru dua tahun Kerajaan PR perintah, rakyat dah rasai kebaikannya


HULU SELANGOR, 7 April : Selepas dua tahun memerintah, komitmen kerajaan Pakatan Rakyat kepada kebajikan rakyat Selangor diraikan dengan kesyukuran dan tanda setuju dari warga setempat.

Tinjauan TV Selangor mendapati penduduk bersikap pragmatik ketika ditanya parti pilihan masing-masing.

Rata-ratanya mengambil pendirian atas pagar, namun setiap dasar dan program kerajaan negeri diberi perhatian serius.

Malah, di kawasan yang dikatakan tegar Umno, komitmen yang ditunjukkan turut berhasil memenangkan penyokong baru.

“Saya tengok kerajaan negeri sekarang ni bertambah maju, ada perubahan lah, sungguh pun dia baru memerintah, kita kena hormat la dia baru, daripada yang dulu bertahun-tahun, saya nampak la perubahannya, dengan dia punya jawatankuasa exco-exco dia bagus" ujar Hasanuddin Kamaruddin.

Manakala bagi seorang peniaga, Sanif Mirat pula, beliau dapat melihat dengan jelas perubahan yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat meski baru setahun jagung memerintah Selangor.

“Dulu, entah saya tengok serupa, untungnya sekarang ni, dapat air percuma, dulu tak ada, itu sahaja lah" katanya.

Suasana di pekan Kuala Kubu Bharu tenang meskipun hari kempen Pilihanraya Kecil P94 Hulu Selangor tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Penduduk meneruskan rutin harian seperti biasa, seolah kehadiran Perdana Menteri Najib Abdul Razak Sabtu lepas bersama tiga bas penyokong yang diimport dari Cheras sekadar desiran angin sahaja.

Bagi warga Hulu Selangor, mereka mengalu-alukan pendekatan kerajaan negeri membantu segenap lapisan masyarakat merentasi garis politik, misalannya pemberian hak milik tanah kepada lebih 180 penduduk di Ulu Bernam Sabtu lalu.

Salah seorang penduduk, Zainal Maudin pula menyelar tindakan kerajaan UMNO-BN yang hanya pandai menabur janji-janji manis pilihanraya.

“Yang lalu hanya pandai bercakap tapi tak tunaikan, ada rakyat yang minta tapi hanya senyap begitu sahaja , berkenaan sekarang ini saya nampak lah, dari segi kemajuannya, macam-mcam yang miliki, apa yang mereka janji tu ada la mereka tunaikan, tapi tak ada serentak sekali, berperingkat-peringkat lah" katanya.

Sementara itu, menurut salah seorang peniaga, Nur Cahaya Mohd Tahir, beliau bersyukur dengan keprihatinan kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengadakan program Merakyatkan Ekonomi Selanggor (MES).

"Ialah macam saya nampak dari segi mesra usia emas, dari segi pemberian air percuma, anak selangor TAWAS, dan macam-macam yang saya tengok la,ada perubahan" katanya.

“Pada saya Alhamdulillah, tak ada macam ribut sangat, salah satu kebaikannya,memang kita dapat air free, 20 meter padu, tu alhamdulillah la, dari segi orang-orang miskin pun dapat perhatian dekat sini, kalau misal kata apa-apa bencana cepat bantuan daripada kerajaan negeri, alhamdulillah" tambanhnya lagi.

Bagi peniaga Melayu ini, program air percuma telah banyak meringankan tanggungannya. Dua anaknya kini melanjutkan pelajaran ke menara gading, manakala seorang lagi sedang bersekolah.

"Alhamdulillah, cukup lah, anak ada sekolah lagi" katanya.TVS

No comments: