Wednesday, April 7, 2010

Rakyat tak redha















KUALA LUMPUR, 7 April :
Ahli Parlimen Kuala Krai berkata rakyat tidak redha Umno/BN yang menggunakan dana rakyat untuk membayar khidmat rundingan komunikasi pada firma perunding antarabangsa Apco Worldwide kerana firma tersebut dikaitkan dengan jaringan zionis-Israel.

"Kita sebagai rakyat Malaysia tidak reda dengan apa jua hubungan (kerajaan) sama ada langsung atau tidak yang membabitkan zionis-Israel.

"Mengapa perlu (Bajet) Tambahan sebanyak RM28,350,000 untuk membiayai projek Global Strategic Communications Campaign antara Kerajaan Malaysia dengan FBC Media (UK) Limited bagi tahun 2009," ujar beliau sambil menunjukkan dokumen rasmi kerajaan berkaitan Bajet Tambahan di Dewan Rakyat malam tadi.

Berdasarkan salinan dokumen sulit Apco Worldwide sendiri, beliau mempersoalkan transaksi kerajaan dengan FBC Media (UK) Limited yang dibuat pada pertengahan tahun 2008 lagi.

Beliau yang juga Bendahari PAS Pusat berkata, transaksi yang bernilai USD70 ribu tersebut turut membabitkan Apco World yang berpangkalan di United Kingdom kerana Apco merupakan firma bersama FBC Media (UK) Limited.

Berdasarkan dokumen transaksi yang membabitkan FBC Media itu, menurut beliau, sekaligus menjelaskan kepada rakyat bahawa hubungan tidak langsung kerajaan dengan firma pro zionis-Israel itu dibuat sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak dimahsyurkan sebagai Perdana Menteri lagi.

Implisitnya, Dr Hatta mendesak Dewan Rakyat supaya menolak Bajet Tambahan kerana dengan berbuat demikian menghalang kerajaan menggadaikan kedaulatan negara secara tidak langsung pada pengaruh zionis-Israel.

Menyambut desakan Dr Hatta itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa Majlis Raja-Raja Malaysia mengadakan mesyuarat tergempar menggagalkan tindak-tanduk Umno/BN tersebut.

Ini kerana, menurut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Mesyuarat Raja-Raja Melayu yang dijadualkan pada Jun depan dianggap lewat sedangkan inisiatif meluluskan Bajet Tambahan tersebut seolah-olah mempercepatkan kedaulatan negara dan Raja-Raja Melayu digadaikan secara tidak langsung kepada firma pro zionis-Israel.

No comments: