Wednesday, April 28, 2010

Pakatan Rakyat mahu BN buktikan


IPOH , 28 April : Barisan Nasional (BN) diminta untuk membuktikan bahawa mereka (BN) tidak terbabit dengan kes rasuah membabitkan dua bekas Exco Pakatan Rakyat (PR) serta mempengaruhi keputusan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, kenyataan peguam kedua-dua bekas Exco itu jelas menunjukkan ada ciri-ciri yang jelas untuk menumbangkan PR secara terang-terangan.

Koo Ham mendakwa, kedua-dua ADUN itu diperangkap oleh pihak tidak bertanggungjawab dan ia adalah satu kesalahan besar sama ada dari segi moral dan agama.

“BN berselindung di sebalik dakwaan palsu dan sanggup buat apa sahaja untuk melanggar undang-undang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, kerajaan yang memerintah sepatutnya menjaga negeri ini dengan baik berlandaskan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan seperti yang termaktub dalam Rukun Negara.

Sementara itu, Setiausaha DAP, Nga Kor Ming berkata, pelepasan dua bekas Exco itu sudah dijangka dan ia adalah pakej dan imbuhan untuk mereka mengkhianati pengundi di kawasan masing-masing.

Menurutnya, keputusan yang dikeluarkan itu membuktikan tuduhan adalah tidak berasas dan terbukti PR bersih dan bebas daripada rasuah.

“Kita menjangka BN akan melantik dua ADUN itu bersama ADUN Jelapang yang melompat parti sebagai Exco dan menjanjikan pi-ngat Datuk dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, lewat petang semalam.

No comments: