Tuesday, May 4, 2010

Pemuda PAS mesti jadi duta penyelamat


TAIPING, 4 Mei : Pimpinan pemuda PAS di setiap peringkat serta ahli ahlinya mesti menjadi penyelamat kepada seluruh pemuda di negara ini agar mereka dapat didampingi dan memahami perjuangan PAS sekaligua menyokong Pakatan Rakyat.

'Di luar sana masih ramai pemuda pemuda khususnya pemuda pemuda Melayu yang masih berumbang ambing dan leka dengan keseronokan, mereka ini perlu disedarkan dan tugas ini adalah peranan pemuda PAS, jangan biarkan mereka terus hanyut,"

Demikian ditegaskan oleh Ahli Parlimen Jerai yamng juga Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Firdaus Jaafar sewaktu merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak di Markaz Tarbiyah PAS Perak di Air Kuning 2 Mei lalu.

Menurutnya pemuda pemuda PAS dan Pakatan Rakyat mesti menjadi pemimpin kepada seluruh pemuda di negara ini, kerana itu pemuda pemuda PAS mesti sanggup duduk bersama pemuda pemuda tersebut, berbincang untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi mereka sekaligus menarik mereka mebdekati perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.

TUgas ini bukannya mudah tetapi pemuda pemuda PAS mesti melakukannya demi perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, sekiranya ini mampu dilakukan oleh pemuda pemuda PAS, masa depan PAS dan Pakatan Rakyat akan lebih cerah dalam usaha menumbangkan Umno/BN pada pilihanraya umum akan datang.

"Selagi kita gagal menyelamatkan mereka selagi itulah mereka tidak yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS dan Pakaran Rakyat, ini pastinya merumitkan tugas kita untuk menumbangkan BN pada pilihanraya umum akan datang," tegasnya.

Pemuda pemuda PAS juga mesti menjadi duta penyelamat kepada pemuda pemuda seluruhnya, kerana itu pemuda pemuda PAS mestilah mempunyai keperibadian yang baik, berakhlak mulia kerana dengan cara ini pemuda pemuda PAS dapat menarik pemuda pemuda yang lain untuk mendampingi PAS.

Beliau turut mengingatkan pemuda pemuda PAS di negeri ini agar tidak patah semangat dengan jatuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat tetapi mereka mesti mempunyai daya juang yang tinggi dan bertekad akan berusaha bersunggug sungguh bagi merampas kembali negeri ini dari Umno/BN pada pilihanraya umum akan datang.

Sebelum itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husein ketika berucap mengingatkan seluruh pemuda agar mereka mempunyai integriti dan tidak terbabit dengan sebarang bentuk skandal kerana Umno menang mencari apa juga kesalahan untuk tujuan kepentingan politik mereka.

"Umno tidak kira dosa dan pahala, mereka akan bongkar apa juga kesilapan kita termasuk mengaibkan kita, kerana itu pemuda pemuda PAS mesti bersih dari sebarang bentuk skandal," tegasnya.JJ Anak Desa



No comments: