Wednesday, July 21, 2010

Harusani dibidas



IPOH , 21 Julai : Ketua Penerangan PAS Perak Drs Khalil Idham Lim Abdullah membidas Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria yang mempertahankan kenyataannya bahawa ada pemimpin PAS dan Umno menemuinya untuk tujuan perpaduan kedua-dua parti itu.

"Harussani masih ingin mempertahankan dakwaannya itu walaupun dua Naib Presiden PAS menyatakan beliau berbohong dan membuat fitnah mengenai peristiwa pemimpin PAS dan Umno menemuinya," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Harussani dilaporkan berkata, "saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu….jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal.

Beliau (Harussani) didakwa berkata demikian dalam satu kenyataannya yang disiarkan oleh portal berita Malaysiakini kelmarin.

Drs Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong berkata, "saya merasakan sesuatu yang lucu berlaku kepada seorang Mufti yang nampaknya bermati-matian mempertahankan dirinya supaya jangan dikatakan berbohong.

"Sedangkan institusi yang dipegangnya sebenarnya sudah tidak dipertikaikan lagi sekiranya dia bukannya berbohong. Kenyataan saya sebelum ini juga dengan jelas membuktikan dia berbohong," kata Khalil.

Selain itu Harussani mengatakan "yang penting dia seorang Islam atau tidak…berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya selepas pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Hal Ehwal Agama Islam di Putrajaya kelmarin.

Kata Khalil, "kerana itu saya ingin bertanya Harussani, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti bukan Islam yang ada dalam komponen Barisan Nasional, adakah semua parti Islam?

"Tidakkah tindakan Samy Vellu yang pernah berkata "Apa, Quran boleh bikin lebuhraya ka?", jelas menghina al Quran dan Islam dan mengguris hati umat Islam?", soal beliau.

Umnolah pengkhianat sebenar kepada bangsanya


Katanya lagi, "mungkinkah Harussani termasuk dalam kumpulan yang merasakan Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang yang berbangsa Cina dan sebelum itu semuanya Ketua Menteri negeri itu adalah berketurunan Melayu belaka.

"Tidak cukup dengan itu berapa banyakkah siri penghinaan pemimpin Umno terhadap Islam yang seolah-olah dilupakan oleh Harussani," jelas beliau.

Ujar beliau, tindakan Umno yang menghapuskan tulisan jawi juga dilupakan oleh Harussani. Malah kalau bercakap tentang perjuangan bangsa, Umnolah pengkhianat sebenar kepada bangsanya.

"Jelas tindakan Harussani mempertahankan perjuangan Umno yang khianat kepada agama dan bangsa itu adalah juga merupakan satu lagi pembohongan kepada umat Islam .

"Dia sepatutnya menzahirkan perkara yang sebenarnya dan menegak kebenaran demi Islam bukannya mempertahankan agenda assobiyah Melayu yang sempit dan ditolak oleh Islam itu.

No comments: