Sunday, November 7, 2010

Pemuda PAS sambut cabaran Zambry bersemuka

IPOH, 8 Nov. : Dewan Pemuda PAS Negeri Perak ( DPPN Pk ), menarik perhatian berhubungan kenyataan DS Zamry Kader meminta pendirian Dewan Pemuda PAS Perak berikutan dakwaan terhadap perbuatan DS Zamry Kader yang jelas membudayakan kembali unsur syirik dan khurafat dalam amalan orang Melayu.


Setiausaha DPPNPk Dr. Raja Ahmad Al-Hiss berkata , DPPNPk amat berbesar hati atas permintaan DS Zamry yang ingin mendapatkan penjelasan terhadap dakwaan kepada YB Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dan DPPNPk bersedia bersemuka dengan DS Zambry bagi menjelaskan perkara tersebut.


Raja Ahmad berkata , DPPNPk sedia menerima cabaran DS Zamry untuk menjelaskan pendirian DPPNPk tetapi ianya mestilah dibuat dalam satu pentas bersama bagi memberi peluang kepada rakyat dan umat Islam memahami dan menilai isu yang cuba diselewengkan oleh Barisan Nasional (BN).


Menurutnya, DPPNPk juga bersedia untuk menjelaskan dakwaan bahawa tindakan DS Zamry jelas mendokong amalan syirik yang bertentangan dengan ajaran Islam.


Tambahnya, DPPNPk menantikan persetujuan DS Zambry bagi menetapkan apa sahaja kaedah pentas tersebut dan sesuai dengan masanya.

" Jika YAB. Dato’ Seri gagal memberikan sebarang respon, ini bermakna YAB. Dato’ Seri bersetuju dengan dakwaan kami namun masih ingin mempertahankan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan jelas lari daripada akidah Islam" katanya.DPPNPk

No comments: