Sunday, November 7, 2010
Terus usaha ziarah kebajikan
PARIT BUNTAR, 8 Nov. : Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar (DPPKPB) meneruskan Ziarah Kebajikan seperti yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan dan Syawal yang lepas.
Pengerusi Lujnah Kebajikan DPPKPB Noraidi Mohamad Isa berkata, program turun padang serta ziarah ini adalah program rutin yang sentiasa di lakukan oleh DPPKPB.
“ Pemuda PAS Parit Buntar sentiasa mendekati golongan yang kurang bernasib baik dan akan cuba membantu sedaya upaya meringankan beban rakyat dalam kawasan Parit Buntar.
" Kita akan meneruskan usaha membantu golongan yang susah tidak kira masa waktu sebagai merealisasikan konsep Negara Berkebajikan " Noraidi
Noraidi berkata, rombongan Ziarah Kebajikan diketuai oleh Ketua Pemuda Khairulzami Muhammad bersama tujuh Ahli Jawatankusa melakukan ziarah ke lima kampung dalam DUN Titi Serong.
“ Kita telah menyampaikan sumbangan kepada 17 orang penduduk berupa barangan keperluan harian.
“ Kita juga menyampaikan sumbangan kerusi roda dan tongkat kepada pesakit yang tidak dapat berjalan dengan sempurna” katanya
Sementara itu, Setiausaha PAS Cawangan Sungai Labu Atas Mohamad Shafie Mat Isa memuji usaha ziarah kebajikan yang dilakukan oleh Pemuda PAS Parit Buntar.
“ Program ziarah ini sangat baik untuk mendekati masyarakat terutama golongan susah. Malah, sememangnya amat dinanti-nantikan oleh masyarakat di sini.
''Saya harap program ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang kerana ia ternyata mencapai matlamatnya untuk membantu golongan yang susah,'' katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment