SHAH ALAM, 8 Dis. : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata Kempen Kembalikan Hak Air kepada Rakyat Selangor minggu lepas berjaya membuka mata rakyat sekaligus menuntut kebenaran dan hak mereka yang selama ini ditindas Syarikat Bekalan Air Selangor atau SYABAS.
Bercakap di sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini, Khalid memberitahu usaha kerajaan Selangor tidak terhenti di sini sebaliknya akan bekerja lebih keras menangani kekhilafan pemerintahan terdahulu yang mencengkam rakyat.
"Kerajaan Selangor akan bekerja lebih keras lagi supaya tidak lagi dosa penswastaan itu berlaku lagi," katanya.
Tambahnya lagi, kerajaan negeri tidak akan sesekali membenarkan tarif dan harga air dilakukan secara bertingkat-tingkat seperti apa yang dilakukan oleh Konsesi SYABAS tanpa memikirkan kemampuan rakyat.
"Sebab itu saya bersikap begitu cermat sebelum memorandum ini diserahkan," katanya yang juga ADUN Ijok.
Tarikh 5 Disember lepas menyaksikan Lebih 15,000 berpakaian baju merah hadir pada perhimpunan itu untuk menyampaikan bantahan mengenai kenaikan harga air yang dicadangkan oleh Syabas dengan restu kerajaan persekutuan Umno-Barisan Nasional(BN).
Polis menangkap sekurang-kurangnya 70 orang dan manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia bagi menyuraikan perhimpunan bantah kenaikan harga air anjuran kerajaan negeri.
Walaubagaimanapun, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pemimpin lain Pakatan Rakyat Berjaya menyampaikan memorandum itu kepada wakil Istana Negara sebagaimana yang dirancangkan.
Kerajaan Pusat bersetuju membenarkan kerajaan negeri membuat penawaran semula dengan nilai RM6 bilion ke atas empat syarikat konsesi tersebut.
Dalam pada itu,khalid turut memberitahu setakat ini masih tiada lagi sebarang pelaksanaan berkaitan tawaran semula keatas empat syarikat konsesi iaitu SPLASH,SYABAS,ABBAS dan Puncak Niaga.
"Belum tahu lagi, tetapi yang setuju ialah Kerajaan Persekutuan telah menulis surat kepada kami supaya meneruskan penawaran semula untuk membeli ekuiti keempat-empat ekuiti air," katanya.
MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT
No comments:
Post a Comment