Saturday, December 18, 2010

Bolot tanah RM 90 juta: Rakyat muak dengan rasuah Taib Mahmud











KUCHING 18 Dis.: Naib Presiden PKR Pusat, Baru bian berkata rakyat Sarawak sudah muak dengan kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang secara terang-terangan mengambil hak pribumi Sarawak demi kepentingan peribadi sahaja.

Beliau berkata demikian apabila di tanya Tv Selangor bagi mengulas pendedahan sesawang Sarawak Report yang mendakwa Ketua Menteri paling lama berkuasa itu dengan pembelian tanah yang mencurigakan disekitar Sri Aman membabitkan nilai sehingga RM90 juta.

"Ini adalah rasuah. Ketua Menteri ini seorang yang berkuasa 'kuku besi'. Oleh itu, dia boleh melakukan apa saja. Ini satu korupsi, banyak laporan bukan hanya cakap saja, ada dokumen yang dikeluarkan," kata Baru.

Mengikut kumpulan pejuang pribumi, Sadia Native Customary Rights (NCR) tanah itu kepunyaan masyarakat Iban dan tanah 8,800 hektar itu terletak di daerah Bijat di Sungai Tisak, timur dari Kuching.

Kumpulan berkenaan melaporkan tanah berkenaan akan diberi secara percuma kepada anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir Taib, dijual kepada Felcra untuk penanaman semula kelapa sawit.

Berikutan itu, menurut Sadia 15 komuniti Iban menduduki tanah itu bakal terjejas.

Jelas Baru Bian, terdapat laporan salah laku mengenai Ketua Menteri, namun hanya di pandang ringan oleh pihak berkuasa. Bagi beliau, bukti jelas menunjukkan Taib seorang pemimpin yang mengaut keuntungan negeri demi kronoi dan suku sakat sahaja, namun tiada tindakan diambil.

"Ada satu bukti bahawa Ketua Menteri selama ini bukan melaksanakan pembangunan untuk rakyat, tetapi terbukti dalam semua kes yang keluar dan dilaporkan sekarang ini semua untuk kepentingan sendiri. Bagi saya rakyat Sarawak ingin perubahan.

"Banyak laporan telah dibuat. laporan polis pun sudah difailkan tapi tindakan tak ada," jelasnya lagi. Sebelum ini, masyarakat Iban tempatan mendakwa pembalak masuk ke kawasan mereka tanpa sebarang makluman sejak empat bulan lalu. Sehinggalah baru-baru ini mereka menyedari apa yang berlaku.

"Tiada sesiapa yang memberitahu mereka siapa sebenarnya pembalak itu dan mereka juga tidak tahu mengenai pembabitan rancangan anak Taib yang mahu menukarkan kawasan itu menjadi ladang kelapa sawit,"- Sarawak Report

Pejabat Tanah Daerah, mengeluarkan surat kepada 16 ketua masyarakat Iban memanggil mereka untuk bermesyuarat tanpa dimaklumkan agendanya.

Dilapor juga, ketua-ketua Iban itu percaya mesyuarat adalah berkaitan dengan pengambilan tanah mereka sambil mendakwa tanah mereka juga dirampas dua tahun lalu.

Laporan itu mendakwa perjanjian yang dibuat pada Disember 2008 di mana Jabatan Ukur dan Pemetaan yang dikuasai oleh Taib Mahmud atas kapasiti sebagai menteri perancangan dan pengurusan sumber telah dengan rasminya menyerahkan tanah itu kepada Titanium Management Sdn Bhd.

Syarikat berkenaan hampir sepenuhnya dimiliki Mahmud (anak lelaki Taib) dan seorang kroni yang dikenali sebagai Chris Chung Soon Nam.

Tanah adat NCR itu dianugerahkan kepada Mahmud sebagai balasan untuk 'bayaran tertentu yang tidak dijelaskan' kata laporan itu sambil menambah urusniaga seumpama itu adalah cara lazim oleh kerajaan Sarawak yang mempunyai kepentingan keluarga Taib.

Titanium terkenal dengan beberapa 'skandal berprofil tinggi' termasuk menerima beberapa kontrak kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu.

"Chung dilaporkan cuba menjual tanah adat Iban itu kepada Felcra 'untuk sekurang-kurangnya RM 3,200 seekar tetapi cuba mendapatkan harga RM 4,200 bagi setiap ekar," - Sarawak Report

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Tanah, Sarawak, Datuk James Masing mengakui pembinaan beberapa jambatan diserahkan kepada Titanium tanpa tender terbuka.

No comments: