Saturday, December 18, 2010

Muafakat PR buktikan kebolehan

Konvensyen PR Ke-2 : Perkukuh Muafakat Bersiap Hadapi PRU-13














KEPALA BATAS ,19 Dis. : Lim Guan Eng mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa masa bercakap sudah tamat dan kini adalah masa untuk semua bekerja bagi membuktikan kepada rakyat kebolehan PR.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian apabila diberikan mandat untuk menyampaikan ucapan pertama di konvensyen kedua Pakatan Rakyat hari ini.

Ucapan yang penuh semangat itu juga berjaya mendapat tepukan gemuruh apabila beliau mengajak kesemua mereka bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pendekatan bertahan perlulah diubah, dengan Pakatan Rakyat sendiri menentukan agenda bersama rakyat, dan bukan hanya responsif terhadap serangan musuh.

"Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk kita memasuki fasa seterusnya dalam gerakerja kita, dengan kita menggunakan media kita sendiri yang boleh sampai kepada rakyat. Gerakerja ini perlulah disusun secara bersama di kalangan negeri Pakatan Rakyat, petugas parti dan semua kalangan pengamal media yang bersama dengan kita," katanya.

Hadi Awang juga menyatakan PR komited mempertahankan empat buah kerajaan negeri dan mencabar Umno-BN turun ke gelanggang tanpa memperkudakan agensi kerajaan dalam PRU-13 ini.

"Kita pertegaskan pada hari ini bahawa kita bukan sahaja komited untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri ini, tetapi kita akan bangkit untuk merubah kedudukan percaturan politik yang menjadi dominasi Barisan Nasional selama ini, InsyaAllah.

"Kita juga mencabar pimpinan Barisan Nasional untuk berani turun ke gelanggang secara amanah dan jujur, tanpa bergantung kepada agensi dan institusi kerajaan, tidak memperkudakan media massa serta menaburkan janji kosong pilihanraya yang saban tahun menjadi rasuah mereka kepada rakyat. Marilah kita turun ke gelanggang secara penuh demokrasi, bukannya berpaut kepada demokrasi yang rosak," katanya.

No comments: