Monday, December 6, 2010

Khir Toyo pun cakap mahkamah akan bersihkan namanya, tak faham lagi






















SHAH ALAM, 6 Dis. : Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tidak menolak kemungkinan pendakwaan beliau atas tuduhan rasuah di mahkamah hari ini didorong oleh kepentingan politik.

Ditanya oleh pemberita sama ada tindakan terhadapnya itu ada kaitan dengan pilihan raya yang diuar-uarkan akan dipanggil oleh Perdana Menteri Najib Razak tidak lama lagi, Khir akur terhadap kemungkinan itu.

"Saya tidak tahu, sebagai seorang ahli politik, saya mungkin berfikir begitu, tetapi biarkan sistem kehakiman membersihkan nama saya dahulu", kata beliau sejurus selepas di dakwa di Mahkamah Sesyen hari ini.

Ditanya sekali lagi kemungkinan wujudnya agenda politik tertentu disebalik tindakan mengheretnya ke mahkamah, Khir hanya berkata: "Saya tak nak ulas perkara itu".

Khir bagaimanapun yakin kes terhadap beliau adalah rapuh dan beliau akan dibebaskan.

"Saya beli rumah ini atas rasa 'willing seller' dan 'willing buyer'. Pemilik yang pertama mengatakan dia beli rumah daripada owner (pemilik) sebelum ini RM6.4 juta, tapi dia jual kepada saya RM3.5 juta, semua ikut peraturan dari segi bank urusniaga bank dan sebagainya, “ kata beliau.

Khir didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

ADUN Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat kes tersebut ekoran dakwaan yang dibuat oleh ADUN Sekincan, Ng Suee Lim.

Ng mendakwa hartanah seluas 50,000 kaki persegi itu dibina pada anggaran kos RM20 juta, manakala tanah itu dibeli dengan harga RM3.8 juta.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

No comments: