1Malaysia lambang hipokrasi BN
Timbalan Perdana Menteri (TPM) sekali lagi tersilap faham. Pakatan Rakyat Selangor bukannya takut malah muak dengan slogan hipokrasi Barisan Nasional.
Mana mungkin kita berasa takut pada logo politik yang diciplak dan bukan diilhamkan oleh rakyat negara ini.
Apatah lagi pemimpin BN gagal memberi rakyat hujahan kukuh tentang kewujudan slogan 1Israel, 1Singapore dan 1Indonesia.
PR Selangor tidak akan mengiktiraf slogan yang semata-mata mahu memesongkan fikiran rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya di dalam negeri ini.
TPM dengan dibantu media tunggangan BN telah memutarbelitkan fakta dan mengelirukan rakyat berkenaan dasar kerajaan negeri Selangor terhadap penggunaan slogan 1Malaysia.
TPM dengan dibantu media tunggangan BN telah memutarbelitkan fakta dan mengelirukan rakyat berkenaan dasar kerajaan negeri Selangor terhadap penggunaan slogan 1Malaysia.
Kerajaan PR Selangor telah mengarahkan supaya slogan dan logo politik tidak dibenarkan di premis kerajaan dan premis awam. Kerajaan Negeri juga tidak akan mengeluarkan dana bagi membiayai program yang berkaitan dengannya.
Manakala Pihak Berkuasa Tempatan diberi kuasa melihat perincian selari dengan Undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diamalkan sebelum ini.
Manakala Pihak Berkuasa Tempatan diberi kuasa melihat perincian selari dengan Undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diamalkan sebelum ini.
Slogan 1Malaysia merupakan satu slogan politik Barisan Nasional yang saya berpendapat mana-mana ahli politik yang waras akan menyetujui bahawa ia tidak harus disokong oleh badan-badan kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Bukan sahaja ini adalah keputusan politik, namun ini adalah keputusan yang perlu melihat situasi politik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
PR Selangor tidak mengharapkan Kerajaan Persekutuan membantu menyebarkan maklumat mengenai program-program anjuran kerajaan negeri seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Namun kita kesal sikap tidak profesional mereka yang saban hari memburuk-burukkan program yang kita jalankan.
Meskipun tiada langsung niat untuk membalas dendam, persoalannya, wajarkah kerajaan negeri membantu mempromosikan satu slogan hipokrit Barisan Nasional?

Rakyat Malaysia khusus di Selangor harus faham slogan 1Malaysia telah menghukum tanpa bicara Ketua Pembangkang Malaysia dan digantung dari Parlimen selama enam bulan.
Slogan ini jugalah yang menggantung tiga Ahli Parlimen PR dan mengakibatkan ratusan ribu rakyat yang mereka wakili tidak mendapat hak mereka sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Slogan inilah yang menghalang suara mereka di bawa ke Parlimen.
Slogan inilah yang menghalang suara mereka di bawa ke Parlimen.
Persoalannya, keterlaluankah jika rakyat Subang, Gombak, Permatang Pauh dan Bukit Gelugor, meminta dikecualikan dari 1Malaysia Barisan Nasional ini?
Tambahan pula, isu ini bukan isu remeh kerana jika gagal ditangani hari ini, maka demokrasi negara akan menuju kepapaan.
Tambahan pula, isu ini bukan isu remeh kerana jika gagal ditangani hari ini, maka demokrasi negara akan menuju kepapaan.
UMNO yang kian terdesak dengan tekanan penolakan terhadap politik perkauman, cuba menjadikan 1Malaysia sebagai sandaran mendapat sokongan.
Hujah kononnya 1Malaysia menyokong semangat muhibbah begitu rapuh dan dangkal sekali.
Parti-parti komponen Barisan Nasional sendiri berasaskan pemikiran perkauman yang sempit. Pentadbiran UMNO-BN pula bertanggungjawab penuh atas ketegangan kaum yang wujud di Malaysia walaupun telah merdeka 53 tahun.

Dua pimpinan tertinggi UMNO juga keliru dengan pendekatan yang terbaik. Perdana Menteri memperkenalkan 1Malaysia manakala Timbalan Perdana Menteri tanpa segan mencabulinya dengan memperjuangkan "Melayu Dahulu".
Konfrantasi ini yang sebenarnya telah meracuni fikiran setiap peringkat pimpinan Barisan Nasional yang seterusnya meracuni minda rakyat dan mewujudkan perasaan tidak selesa antara kaum.
Terpulang kepada Muhyidin jika mahu memikirkan bahawa PR Selangor takut dengan slogan tersebut. Namun, tidak keterlaluan jika saya katakan slogan ini adalah topeng untuk mengaburi penyelewengan dan pemecah-belahan negara yang berterusan.
*Kenyataan media oleh Faekah Husin selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.
No comments:
Post a Comment