Friday, December 24, 2010

Umno berlakon untuk menghasut rakyat

Jemaah Surau Al Hidayah Puas Hati Penjelasan Kerajaan Negeri


SHAH ALAM 24 Dis.: Isu tapak surau Al Hidayah, Rawang dianggap selesai apabila kira-kira 300 jemaah berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin Baharum.

Umno dan Barisan Nasional sebelum ini cuba memprovokasi dan mendakwa kerajaan negeri akan merobohkan surau tersebut.

Kata Badrul demonstrasi bantahan terhadap terhadap Surau Al-Hidayah, Kampung Melayu Pekan Rawang yang dikatakan bakal dirobohkan hanyalah satu provokasi murahan dan mengecam tindakkan pihak tersebut yang menjaja isu agama demi kepentingan tersendiri.

Sekurang-kurangnya 300 jemaah berhimpun selepas solat Jumaat di Masjid Nurul Iman Rawang petang tadi bagi menunjukkan sokongan solidariti mereka membantah provokasi murahan pihak tertentu tempoh hari supaya rakyat membenci Pakatan Rakyat yang kononnya meminggirkan isu agama Islam.

Badrul berkata isu sebenar yang melanda kariah disini ialah isu provokasi yang berselindung disebalik niat mempertahankan masjid walhal ia adalah usaha pihak tertentu yang mahu meraih sokongan orang ramai untuk menyelamatkan tanah mereka.

"Tidak timbul isu roboh masjid yang timbul ialah provokasi, dan pihak yang tertentu yang mahu selamatkan tanah mereka mainkan isu roboh masjid supaya orang ramai pertahankan mereka bukan mahu pertahankan masjid," katanya.

Terdahulu pada 2 April 2001 tanah wakaf Masjid Nurul Iman (sekarang tapak surau Al Hidayah),seluas 13,885 kakipersegi diberi oleh kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional ketika itu kepada SAP Holding.

Kemudian pada 29 Jun 2009 tanah tersebut dipecahkan kepada lapan lot sekaligus ia membuktikan terdapat satu pelanggaran enakmen tanah wakaf kerana ia tukar milik.

"Hari ini nampaknya semua jelas, pihak masjid dan jemaah yang hadir berjumpa saya menyatakan berpuas hati dan mereka menyokong penuh usaha kerajaan negeri mengembalikan tanah itu kepada masjid," katanya.

Tambahnya lagi, Pakatan Rakyat dan rakan komponen yang lain di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim komited dalam menjaga sensitiviti seperti ini dan mendakwa apa yang berlaku adalah niat jahat pihak tertentu.

Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang, Mohamad Abdul Rahman dan Nazir Masjid Nurul Iman, Ilham Akhbar Harun.

Dalam pada itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang, Mohamad Abdul Rahman ketika ditemui Tv Selangor mengesa penilaian rakyat sebaiknya atas insiden yang berlaku selain menjelaskan sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat tidak pernah berlaku lagi perobohan Masjid dan surau mahupun rumah ibadah agama lain.

"Pada saya adalah satu fitnah kerana mengunakan agama untuk kepentingan pribadi mereka dan sebab itu saya menyatakan Umno dan kuncu-kuncunya jangan berlakon kononnya mahu mempertahankan agama dan selama ini pun kita tahu Umno yang paling banyak merobohkan masjid.

"Dan kita juga tahu, sejak Pakatan Rakyat memerintah,tiada satu surau, masjid mahupun rumah ibadat lain yang dirobohkan atau matikan peranannya," katanya.

Tambahnya lagi, beliau sangat kecewa dengan sikap Umno-BN kerana sanggup menjaja tanah masjid dan mengunakan isu agama untuk kepentingan politik mereka.

"Umno-BN ini sebenarnya kehilangan negeri yang mereka rasakan negeri ini hak mereka, pada saya negeri adalah hak rakyat dan pemimpin yang memegang kuasa haruslah mentadbir dengan seadil-adilnya.

"Ini merupakan satu agenda untuk mengajak rakyat seolah-olah kerajaan negeri tidak prihatin tentang agama," jelasnya.

No comments: