Sunday, January 16, 2011

Ben Ali jatuh, Ben Rosmah pun akan jatuh

Umno Perlu Ambil Iktibar Kejatuhan Pemerintahan Kuku Besi Presiden Tunisia, Kata Presiden PAS


KEMAMAN 16 Jan. : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu UMNO terus sombong dalam memerintah negara ini dan mengambil pengajaran dari tumbangnya pemerintahan kuku besi Presiden Tunisia, Zine al-Abedine Ben Ali selama 23 tahun yang berjaya digulingkan rakyatnya.

Menuru Hadi, hakikatnya, sebuah kerajaan tetap akan bertukar dan tidak kekal kerana rakyat akan bertindak balas terhadap kerajaan yang menindas mereka.

"Tunisia negeri Arab di bawah jajah takhluk Perancis. Yang perintah parti dia sahaja, parti lain tak boleh memerintah. Pemimpin yang menentang dikurung dalam penjara,

"Adapun di negara kita ni seolah selamanya BN. Umno tak reti nak berubah. Kita tidak mahu perubahan yang berlaku dengan cara yang tak berakhlak. Allah boleh buat perubahan dan kita harap pemimpin Umno tak rasa dia boleh perintah sampai kiamat," katanya.

Drama penyingkiran Presiden Tunisia itu bermula empat minggu lalu apabila bantahan golongan pelajar merebak ke seluruh negara dan akhirnya sampai ke ibu negara pada Khamis lepas.

Rata-rata rakyat sudah bosan dengan pemerintahan Ben Ali tetapi kemuncak kemarahan mereka berpunca daripada kegagalan pemerintah mengekang kenaikan mendadak barangan keperluan asas seperti susu, roti dan gula yang amat membebankan orang ramai.

Ben Ali kini berada di Jeddah mendapatkan perlindungan dari Raja Arab Saudi, Raja Abdullah selepas dihalang ke Perancis oleh Presiden Perancis Nicholas Sarkozy.

Hadi membicarakan hal ini di hadapan lebih 20 ribu hadirin di Majlis Ceramah Perdana Selamatkan Malaysia bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas ganti UMNO di sini semalam.

Bagaimanapun Hadi menyatakan PAS bersama Pakatan Rakyat memilih menggunakan pendekatan aman dan demokrasi bagi menentang UMNO Barisan Nasional.

Menurutnya, itu merupakan cara yang dianjur Islam bersifat keamanan dan berbeza dengan demonstrasi kebangkitan berdarah oleh rakyat Tunisia.

"Dia merasakan dengan menggunakan senjata polis, dia boleh perintah sampai bila-bila. Makin ramai rakyat dibunuh, makin ramai keluar. Ini yang berlaku di Tunisia dan malam ini diberitakan Presiden dia lari. Kita tak mahu cara ini kita guna demokrasi, pilihanraya. Islam suruh kita guna cara damai.

"Parti yang memerintah berigilir, bila Parti itu lemah, buat silap, rakyat pilih parti lain. Kalau dia betul, baik, rakyat akan terus pilih dia," katanya lagi.

No comments: