Monday, January 17, 2011

Enakmen Jenayah Syariah :The Star hentam , Asri puji

Asri: Puji Langkah Hikmah Kerajaan Selangor Tangani Isu Pekerja Arak


SHAH ALAM 17 Jan.: Hasrat kerajaan negeri Selangor untuk mewujudkan tabung khas bagi membantu peralihan pekerja beragama Islam adalah langkah tepat.

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin, menyarankan kerajaan negeri Selangor untuk terus mengambil langkah yang berhikmah, supaya mereka yang mencari mata pencarian melalui bidang tersebut tidak teraniaya dengan perlaksanaan enakmen tersebut.

Sambil itu, beliau juga menyokong penguatkuasan Enakmen Jenayah Syariah sebagai langkah yang wajar bagi memelihara kemurnian masyarakat beragama Islam.

"Saya menyokong perlaksanaan larangan ini, tetapi haruslah perlaksanaan dengan hikmah. Perlu ada proses yang memastikan tidak timbul salah-sangka terhadap ajaran Islam. Sebelum ini ramai orang bekerja di tempat-tempat ini.

"Langkah lain yang wajar misalannya memastikan mereka ada peluang pekerjaan di tempat lain, atau alternatifnya penganut beragama Islam dibolehkan bekerja di premis berkenaan, tetapi tidak menjual," katanya.

Sementara itu, Asri berkata beliau tidak faham mengapa akhbar The Star perlu membangkitkan kecurigaan masyarakat bukan Islam berhubung larangan itu.

The Star memperlekehkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Dalam lidah pengarangnya, akhbar itu mendakwa undang-undang itu jika dilaksanakan adalah langkah ke belakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan.

Dalam cubaan terdesak untuk membakar sentimen bukan Melayu, akhbar itu menuduh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor kononnya mahu menubuhkan sebuah pemerintahan Islam di negeri itu.

Menurut Asri, hak orang bukan Islam untuk menikmati minuman arak tidak terjejas dengan larangan tersebut.

"Perlaksaaan Syariah Islam itu mudah untuk kita faham jika dilaksanakan dalam kerangka yang betul. Orang Islam tidak boleh bekerja di premis arak tidak jejas keamanan dan mata pencarian orang bukan Islam. Semuanya masih macam biasa," katanya.

Asri berkata hasrat kerajaan negeri Selangor bercadang untuk menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah yang tidak dipandang sepi oleh sebahagian besar negeri-negeri Melayu yang lain.

"Kita boleh berterima-kasih kepada kerajaan Selangor. Sebagai orang Islam, kita lihat Selangor buat, dibandingkan kerajaan-kerjaaan negeri lain. Walaupun ada sedikit pertikaian, tetapi ada usahalah.

"Di Malaysia ini, tidak ada penguatkuasakan undang-udang syariah dalam erti kata sebenarnya. Jika kita lihat dapat apa yang dilaksanakan, hanya nikah kahwin. Hatta hukuman yang ada pun tidak menepati syariah, seperti hukuman khalwat adalah interpretasi ala Malaysia, bukan 'in the spirit of Syariah'," katanya.

No comments: