Wednesday, January 19, 2011

Najib takut terbongkar segala rahsia

Faris Musa : Najib Razak Elak Debat Takut Rahsia Penyelewengan Terbongkar


SHAH ALAM 19 Jan. : Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Faris Musa menganggap cubaan melengah-lengah atau lari daripada perdebatan isu 100 Hari Pakatan Rakyat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai dolak-dalik Umno-Barisan Nasional yang takut rahsia penyelewengan dan kelemahan mereka diketahui rakyat.

Menurut Faris, PKR dan Pakatan Rakyat telahpun men'jemput' Najib untuk berdebat dari pelbagai platform termasuk menghantar surat kepada Perdana Menteri namun sehingga kini pelawaan itu masih tidak diterima.

"Ini dolak-dalik yang cuma dimainkan Datuk Najib dan pimpinan BN yang melihat tidak relevan untuk mengadakan sesi debat kerana ia akan membongkarkan segala apa yang selama ini dilaksanakan oleh Kerajaan UMNO BN yang secara jelas tak beri keuntungan kepada rakyat," katanya.

Faris mengulas isu anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Saifudin Abdullah hari ini yang meminta agar budaya cabar berdebat pada kalangan pemimpin politik dihentikan kerana tindakan itu tidak membawa sebarang manfaat.

Menurut Saifuddin yang merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata Malaysia juga masih belum mencapai tahap budaya debat politik yang sihat bagi menganjurkan perdebatan antara pemimpin politik.

Faris menjelaskan amalan debat merupakan budaya biasa dan ruang terbaik bagi rakyat menilai isi-isi mengenai polisi yang dibentang pemimpin dari kedua pihak.

Amalan debat ini perkara yang biasa terutama di negara-negara maju, di mana ini ruang dan peluang rakyat tau dengan lebih jelas tentang polisi di peringkat kerajaan atau pembangkang.

Faris hairan dengan dakwaan Najib yang sehingga kita mendakwa tidak takut, malah mengugut untuk mendedahkan cerita mengenai Anwar tetapi masih mengelak untuk turun berdebat dengan beliau.

Malah Faris melihat Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sebagai oppurtunis dan tidak menghormati kedudukan Perdana Menteri dengan dakwaan Najib tidak layak berdebat dengan Anwar itu.

"Sebab itu kita minta dia terima pelawaan debat. Apa maksud 'demam' tu. Kita takut yang 'demam' Najib bukan Anwar,Tindakan secara bacul dan dayus itu yang memberikan pelbagai alasan membuktikan dia tak sanggup dan berani berdebat dengan Anwar. Juga tindakan Khairy mencabar debat itu menghina PM yang tidak bersedia dan takut untuk berdebat dengan Anwar. Lawan Datuk Seri ANwar Ibrahim ialah Najib, bukan Khairi Jamaluddin," katanya.

No comments: