LABIS, 30 Jan - Kesanggupan petugas dan penyokong PAS dari seluruh pelusuk negara turun bertugas di DUN Tenang meskipun hujan lebat melambangkan hasil tarbiyah PAS selama ini.Malah petugas Pakatan Rakyat dari PKR dan DAP turut sama meredah hujan meraih undi dan membantu pengundi ke pusat-pusat pengundi.
"Penyokong Pakatan yang telah dididik untuk sanggup bekorban dalam apa jua keadaan," ujar Naib Muslimat PAS, Siti Zailah.
Menurut Zailah, pimpinan Pakatan Rakyat turut melawat ke setiap pusat mengundi untuk memberi rangsangan dan kata-kata semangat kepada setiap petugas agar bertahan dalam keadaan yang mencabar ini.
Kesanggupan pimpinan turun dan melawat ke setiap UPU memberi gambaran yang jelas bahawa pimpinan Pakatan berjiwa rakyat dan sanggup sama merasa kepayahan yang dirasai petugas parti itu.
Sehingga 2 petang, peratus keluar mengundi sebanyak 61.17 peratus atau 9,025 orang.
No comments:
Post a Comment