Wednesday, January 26, 2011

Soi Lek sentuh sensitiviti umat Islam

Pemimpin MCA kena hormati Islam - Nik Aziz

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYYvhyphenhyphenrGoRfOeuDq-lC_63trDs58yp_x7_7lNnZFx088vT_euEeGcZ4UO7VvM68-TkU2HlWlKMZUlD2sqbQ1W3Vm2icratksLn5CEERUDDa4xig-ehenYa0MTISAP_y5o3HuI4HgbnNhM/s400/TokGuruNikAziz03.jpgKOTA BHARU, 27 Jan. : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menyentuh sensitiviti umat Islam berkaitan tindakan calon wanita Pas, Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan orang ramai.

Nik Aziz berkata, pemimpin MCA itu sepatutnya menghormati Islam yang sememangnya melarang bukan muhrim bersentuhan.

“Saya nak tanya dia (Soi Lek) kenapa tidak mempersoalkan serban kaum Sikh? Kalau tak berani, baik tak payah cakap benda ni.

“Islam memang begitu. Main bola sepak pun kena ikut peraturan, inikan pula soal agama daripada Allah yang mencipta alam semesta,” katanya selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, semalam.

Isu itu timbul apabila Soi Lek mempersoalkan tindakan calon Pas yang tidak bersalaman dengan lelaki.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam memberikan penekanan kepada keturunan supaya tidak berlaku zina dan bersentuhan lelaki dan perempuan yang menjadi titik mula kepada perbuatan itu.

“Bersentuhan lelaki dan perempuan bukan muhrim bererti wuduk terbatal, malaikat mula jauh. Pada masa itu syaitan mula mendekati maka boleh berlaku zina,” katanya.

Nik Aziz mendakwa, senario kini jelas menunjukkan pemimpin DAP lebih memahami Islam disebabkan parti itu mengadakan kerjasama dengan Pas.

“Ceramah politik Pas sama dengan ceramah atau khutbah di masjid. Jadi dia (DAP) faham dan inilah kelebihan gerakan Islam,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang menggesa masyarakat Islam di negara itu supaya kurang tegas dalam hal pematuhan ajaran agama demi meningkatkan integrasi dan proses pembangunan negara, Nik Aziz dalam nada sinis berkata: "Orang kita yang tolak Islam, ambil kebangsaan lebih teruk lagi berbanding dia (Kuan Yew),” katanya.SH

No comments: