Buku Jingga gagal diterjemah
SENAI , 8 Feb. : Pemuda Pas Johor mengakui buku Jingga yang mengandungi 10 janji pakatan pembangkang membabitkan peruntukan bernilai RM19.2 bilion gagal meraih sokongan rakyat yang dipasarkan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, akhir bulan lalu.
Ketuanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, buku tersebut bukannya tidak berkesan, namun maklumat tersebut tidak sampai kepada pengundi dan tidak dapat difahami serta dijelaskan.
“Punca utama adalah :kekangan untuk bertemu dan menyampaikan mesej kerana ada kelemahan di mana sudut penyampaian mesej kepada pengundi di DUN Tenang kerana ada banyak isu kerana kita tidak fokus.
“Penyampaian buku Jingga itu memerlukan pertemuan tidak panjang, kerana melalui ceramah, kita boleh jelas satu persatu maklumat. Namun dari kaji selidik yang dilakukan, kebanyakan pengundi tidak hadir ceramah,” katanya ketika ditemui di Sinar Harian, di sini, semalam.
Khairul Faizi yakin jika perkara dalam buku Jingga tersebut dapat difahami dan difokuskan ia akan memberi perubahan pengundian.
Menurutnya, Pemuda Pas dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri akan mengaturkan program turun padang yang akan memfokuskan isi :kandungan buku Jingga tersebut dan ia akan dimulakan bulan Mac depan.
“Kita akan mulakan dengan konvensyen di Johor ini, di mana kita akan gunakan kesempatan memberi maklumat dan kefahaman kepada rakyat di negeri ini. Kita yakin penyebaran isi kandungan dan kefahaman mengenai buku tersebut akan dapat diselesaikan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang,” katanya.
Isi kandungan buku tersebut difahamkan menjelaskan janji pakatan pembangkang untuk menaikkan gaji 64,000 guru RM500 sebulan, menstrukturkan sistem subsidi minyak dan keperluan harian serta mengambil alih syarikat tol bagi menghapuskan konsesi tol yang masing-masing menelan belanja RM8 bilion.
Pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Tenang, Pas terpaksa akur dengan kekalahan ke atas calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti undi 3,707, lebih tinggi berbanding PRU ke-12 pada 2008.SH
No comments:
Post a Comment