Tuesday, February 15, 2011

Ini kisah Umno yang memang tak guna, gerai warga asing pun dipertahankan

Oi Puak UMNO.. Yang dok meniaga di Taman Pelangi Penang tu ialah WARGA ASING yg banyak hangpa tau kaa..??

JURU – Hanya 10 gerai haram yang beroperasi di sekitar Taman Pelangi dirobohkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada operasi fasa1 yang dibuat 7 Februari lalu, bukan 1,000 sepertimana yang dipaparkan akhbar sebelum ini. Ahli Majlis, Amir Md Ghazali berkata, 10 premis yang dirobohkan itu merupakan antara 22 gerai yang diberi notis MPSP, manakala 12 premis lagi diruntuhkan sendiri oleh pemiliknya.

Menurutnya, mungkin terdapat salah faham sebelum ini menyebabkan angka 1,000 itu digembar-gemburkan, namun tidak menolak jumlah premis termasuk peniaga yang melakukan penyambungan haram hampir 1,000 di kawasan perumahan tersebut.

“Jumlah yang diberikan itu adalah statistik sebenar yang dikeluarkan MPSP selepas operasi pada 7 Februari lalu. Berhubung dakwaan peniaga yang mengatakan premis mereka diroboh sebelum notis tamat tempoh, perlu diketahui bahawa Akta Jalan,Parit dan Bangunan 1974 dan notis yang diberikan adalah di bawah Undang-undang Kecil Penjaja MPSP 1991. “Sebanyak empat kali notis telah berikan sejak tiga bulan lalu.

Justeru, tindakan penguatkuasaan terpaksa dibuat selepas mereka gagal mengosongkan premis walaupun banyak kali notis telah dikeluarkan,” katanya pada satu sidang media yang diadakan di sini. Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) menyangkal dakwaan pihak yang mengatakan MPSP selektif dalam isu merobohkan gerai peniaga.

Jelasnya, bukan semua premis yang dirobohkan milik orang Melayu, tetapi, hanya empat sahaja, manakala sebuah gerai milik peniaga India, dua Cina dan selebihnya Indonesia yang berniaga secara haram. Katanya, terdapat juga premis yang dimiliki peniaga Melayu, tetapi, disewakan kepada warga asing turut dirobohkan. Dalam masa sama, Amir turut mempersoalkan bagaimana premis-premis berkenaan boleh beroperasi melebihi 15 tahun tanpa lesen, dan tiada tindakan penguatkuasaan dibuat dalam tempoh tersebut.

“Majoriti daripada peniaga mengatakan mereka telah berniaga lebhi 15 tahun di sini, jadi siapa yang membenarkan mereka berbuat demikian selama ini? Siapa yang membenarkan mereka memiliki imuniti dari sebarang tindakan penguatkuasaan? “Jika 15 tahun lalu mereka tidak dibenarkan menjalankan perniagaan, mana mungkin sekarang kita melihat majoriti yang berniaga terdiri dari warga asing. Dahulu, taman ini didiami majoriti rakyat tempatan, tetapi, apabila kerajaan membenarkan warga asing memasuki negara ini, taman ini dibanjiri dengan warga asing hingga ia diberi jolokan ‘Mini Hatyai’,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya tidak timbul isu dalam merobohkan gerai haram ini kerana ia memang patut dilakukan sejak dahulu lagi, sebelum kerajaan bertukar tangan, tetapi, apabila kerajaan kini mengambil alih ia telah dipolitikkan. Tambahan, ia adalah isu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), justeru beliau berharap ia tidak lagi dipolitikkan dan membiarkan anggota penguatkuasa menjalankan tugas mereka. Katanya, operasi meroboh premis haram sekitar Taman Pelangi akan diteruskan selepas tempoh penangguhan selama sebulan itu tamat, namun tidak bila operasi akan disambung semula.

Sementara itu Timbalan Ketua AMKPP, Ahmad Azrizal Tahir berkata, pihaknya menyokong tindakan penguatkuasaan yang dibuat demi memberi keselesaan kepasa penghuni tetap di situ. Menurutnya, AMKPP sedang berusaha dalam mencari tapak sesuai untuk menepatkan semula peniaga untuk mereka meneruskan perniagaan mereka. Katanya, beberapa lokasi di sekitar Taman Pelangi telah pun dikenal pasti dan proposal mengenainya akan diusulkan kepada MPSP hari ini (Isnin).

“Kita tidak sesekali mengabaikan peniaga, tetapi, berusaha mencari tapak baru untuk mereka, namun ia akan diberikan kepada rakyat tempatan yang benar-benar ingin berniaga sahaja, bukan untuk disewa kepada warga asing. “Begitupun, keutamaan akan diberikan kepada peniaga yang telah lama berniaga dan dikenakan tindakan penguatkuasaan,” katanya - Sinar Harian


TV1 dan Blogger pro umno seperti biasa akan meletakkan semua tuduhan ke atas DAP dan Guan Eng atas dasar kepercayaan perkauman mereka yang tebal. Mereka langsung tidak menyiasat malah tuduhan semborono adalah lumrah mereka.


Jurugambar MPSP, Ahmad bin Ismail telah cedera semasa menjalankan tugas pada 9 Feb 2011 di Taman Pelangi. Mengikut Ahmad, satu tumbukan telah menyebabkan dia jatuh rebah.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberi sedikit wang ihsan kepada si mangsa di Komtar hari ini.

Pada masa yang sama, Yang DiPertua MPSP Tuan Haji Mokthar bin Jait telah menyuarakan rasa kesal terhadap laporan media yang putar belitkan hal sebenar. YDP Tuan Haji mengingatkan semua orang bahawa MPSP adalah untuk kebaikan orang awam dan juga rakyat. MPSP telah menjalankan tugas mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Beliau mengingatkan orang awam mereka tidak wajar menghalang tindakan pegawai awam menjalankan tugas mereka.

TV3 melaporkan AMK P.Pinang diserang oleh peniaga Taman Pelangi. Biasalah TV3 memang itu kerjanya lidah mulut dan mata umno. Sebenarnya semasa sidang media dibuat, peniaga Melayu di Taman Pelangi yang pada sebelah pagi bersama NGO Ikhlas 1 Malaysia tiba-tiba telah hadir bersama.

AMK P.Pinang pada mulanya bercadang selepas sidang media dibuat, AMK P.Pinang bersama YB Ong Adun Kawasan (Bukit Tengah) akan mengadakan perbincangan dengan mereka untuk membantu mereka selesaikan masalah mereka.

Semasa sidang media dibuat, ketika wartawan bertanya, peniaga juga turut bertanya dan ini menyebabkan ada seorang peniaga yang agak emosional. Cerita inilah yang kelar dalam TV3.

Selepas itu AMK P.Pinang dan YB Ong Chin Wen berbincang dengan peniaga dan kami terangkan kepada mereka perkara sebenarnya yang berlaku. Jika diikut plan asal MPSP, ada 4 Fasa gerai yang akan dirobohkan. Ini baru Fasa pertama sudah menjadi isu politik. Itupun baru 10 gerai sahaja yang dirobohkan MPSP dan 12 lagi gerai dirobohkan sendiri oleh pemilik gerai tersebut buka 1000 gerai seperti yang dilaporkan oleh Utusan.

Peniaga berkata mereka mahu semua gerai lain juga turut dirobohkan, baru mereka rasa puas hati. Memang MPSP mahu robohkan semua tetapi Ketua Bahagian UMNO Bukit Mertajam, Dato' Musa telah mengarahkan MPSP agar menghentikan segera supaya gerai di Fasa 2 yang majoritinya warga asing supaya menjadi isu bahawa MPSP bertindak pilih kasih.

Kita tidak boleh nafikan juga bahawa ada pegawai MPSP yang masih taat setia dan takut dengan arahan umno. Ini realiti yang kita tidak boleh nafikan.

YB Ong Chin Wen berjanji akan berjumpa dengan Guan Eng, TKM 1 dan 2 serta PDC untuk membantu selesaikan masalah mereka dengan menempatkan mereka di kawasan baru di Taman Pelangi.

YB Ong mendengar rintihan dan keluhan peniaga dan YB Ong turun padang sejak hari kedua gerai mereka dirobohkan. Tinjauan YB Ong hanya ada 40 gerai milik tempatan dan yang lebihnya berjumlah 960 gerai adalah milik warga asing.

Dalam perbincangan tersebut, peniaga juga bersetuju bahawa gerai yang milik orang tempatan tetapi disewakan kepada warga asing juga tidak perlu dibenarkan berniaga dan menerima tempat baru yang dicadangkan.

Maknanya peniaga mahu semua gerai dirobohkan dan kawasan baru hendaklah disediakan di Taman Pelangi milik PDC. Dalam tinjauan kami memang ada dua tempat yang sesuai dijadikan tapak ruang niaga baru.

Selepas itu kami meninjau pasar malam yang setiap hari diadakan di Taman Pelangi yang peniaga juga adalah warga asing dan sedikit warga tempatan. Memang ramai yang berniaga di sini, hingga mendapat jolokan nama "Mini Hatyai" sebab masalah sosial warga asing dan tempatan berlaku seperti di Hatyai.


Peniaga pasar malam di Taman Pelangi seperti biasa masih berniaga.

Ini pula gerai yang akan dirobohkan dalam Fasa 2 tetapi tertangguh sementara.

Ini pula deretan gerai haram milik seorang warga tempatan taukeh besar Cina yang disewakan kepada warga asing turut akan dirobohkan dalam Fasa 2.

Saudara Faisal Ketua AMK Balik Pulau berkata "rasa macam aku ada di medan la pula..macam medan pun ada, macam Hatyai pun ada...."

Kedai Nasi Kandar ANWAR pun ada....tetapi bukan Kedai Nasi Kandar Anwar Ibrahim la..tetapi entahlah..hahaha..

Inilah gambaran sebenar keadaan di Taman Pelangi. Semoga apa yang AMK P.Pinang dan YB Ong Chin Wen akan usahakan akan berjaya hendaknya. Kita hanya akan membantu pemilik gerai warga tempatan yang benar-benar berniaga bukannya yang menyewa kepada warga asing.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

5 comments:

Anonymous said...

DASAR MANUSIA PEMBOHONG. KEPALA KOPIAH PUTIH TAPI PUNGGUNG PENUH TAHI. MEMANG UMNO YANG BETUL DALAM KES NI. KENAPA LU ORANG TARAK BERANI KATA MAT SABU SAMA KAPAL SING PEMBOHONG DALAM KES SIPELIWAT TU (TU PUN DEPA SENDIRI BAGI NAMA DULU) SEDANGKAN DEPA TU PEMBOHONG BESAR SIANG HARI. SEBABNYA HAMPA BUKAN NAKKAN ISLAM TAPI NAKKAN KUASA SAJA. UNDI SAJA PENTING. TAPI INGAT ALLAH ITU MAHA KUASA. SEKARANG LU ORANG PUNYA KETUA SIKIT-SIKIT SUDAH ALLAH BUKA RAHSIA. TU LAH JANGAN DOK SIBUK CARI BURUK ORAG SANGAT. AKHIRNYA ALLAH AKAN BUKA BALIK BURUK HAMPA. MAAFLAH YA. DULU AKU MEMANG SOKONG PAS JUGAK. TAPI LA NI BILA KEDAH PAS MENANG DAN DEPA TAK BUAT APA PUN KAT SINI AKU SEDAQ BAHAWA MANUSIA NI TAK BOLEH TENGOK SAKAT PAKAI KOPIAH PUTIH DAN PANDAI CERAMAH SAJA.

Anonymous said...

alah anon mengaku sokong pas dulu. mana buktinya sokong pas, bohong umno ni. tak boleh percaya bila umno cakap, bila cakap aje bohong, bila cakap aje bohong, bila bohong mesti umno. tok sah dok bohong kat sini la penjilat umno

Anonymous said...

Haramjadah pukimak punya PAS PARTI HARAD JADAH MELACUR KAN AGAMA SEWENANG2 NYE, PARTI BABI , PARTI PUKIMAK LU LA....AKU MENCARUT SEBAB TUAN GURU YANG KAU SANJUNG PUN MENCARUT JUGA PUKIMAK PUKIMAK PUKIMAK LU LA PAS.....

Anonymous said...

Marah sangat penjilat umno ni. Sian dia dapat dosa free. Tapi umno apa kisah dengan dosa. yang depa fikiaq macam nak fitnah nak bohong. kalau orang tak percaya , depa marah nak lepas marah maki orang.

Anonymous said...

Demo tahu ka, anon ameno ye dok maki pas tu terlebih sedut kentut biq mama sms dok berahi jilat bontot big mama. tiba2 big mama terkentut habis disedut