Tuesday, February 15, 2011

Kedah Vs Perak : Mana lebih gagah

Kedah yakin bangkit selepas diaib Sabah, motivasi Perak kian bertambah


PERTEMBUNGAN dua bekas juara - Kedah dan Perak di Stadium Darulaman, malam ini tidak dinafikan lebih menekan pasukan tuan rumah ketika pelawat hadir dengan niat mahu menyambung rentetan kemenangan buat mengintai peluang menerajui Liga Super buat julung kali.

Sambil ketua jurulatih skuad Hijau Kuning, Ahmad Yusoff tiada pilihan kecuali bagi memastikan tiga mata tidak dicicirkan di halaman sendiri selepas diaibkan Sabah tempoh hari, Perak agak yakin dengan kemampuan ketika ini selepas menewaskan Negeri Sembilan. Apapun, jurulatih Perak, Norizan Bakar mengingatkan anak buahnya supaya terus berpijak di bumi nyata menjelang misi penting ini kerana Kedah mampu bangkit menghampakan mereka apa lagi ketika tuan rumah dalam situasi ibarat harimau yang luka.

“Masih terlalu awal untuk meraikan kejayaan. Baru tiga perlawanan, malah pasukan masih mempunyai kelemahan dan kepincangan di sana sini,” katanya yang terus meminta pemain menggandakan usaha andai mahu mengecap kejayaan dalam perlawanan seterusnya.

Ahmad pula tiada pilihan dalam keadaan tertekan ini dan akan menurunkan Amar Rohidan dan penyerang utama, Azlan Ismail dalam kesebelasan pasukan dalam memburu kemenangan kedua di tempat sendiri. ( mau tak tertekan..peminat kat luaq nuhh duk hingaq dah..kira dia buat jugak perubahan..harap2 paper ni tulis betui la)

“Perlawanan esok (malam ini) menjadi ujian bagi anak buah saya untuk bangkit membuktikan kewibawaan mereka sebagai pencabar Liga Super musim ini kerana selepas bertemu Perak, kami berdepan cabaran lebih getir menentang Kelantan pula di Stadium Darulaman, Sabtu depan,” katanya.

Mengakui tidak bimbang dengan benteng pertahanan diketuai Fauzi Nan, Sabre Abu, Khairul Helmi Johari dan V Thirumurugan, dia meminta gandingan Baddrol Bakhtiar, Azlan dan Ahmad Shakir Md Ali lebih bijak menghidu peluang jaringan, malam ini.

No comments: