Wednesday, February 9, 2011

Kerajaan PR telus demi rakyat

Selangor terbit laporan aset air

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvnTq-STeCjQo7qGMiI6nu-FZgFrOvvDy3i-zx5picBuLOUm_eeC157v6VZEEHbOyZCKqC_LLeX4d2vt0UVVJqwbUfjzAY_hekpGqKjybKQgE08X0olq_3hUS4EOVh4qo1q7cjnChYlClM/s1600/MbSelangor.jpgSHAH ALAM , 10 Feb. : Kerajaan Negeri Selangor akan mengeluarkan laporan lengkap aset air negeri yang akan menyenaraikan keseluruhan jumlah, lokasi serta nilai setiap aset air kepunyaan negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, laporan tersebut dijangka siap pada Mac depan dan Kerajaan Negeri berharap syarikat konsesi berkaitan akan memberi kerjasama sepenuhnya supaya laporan tepat dapat disiapkan.

Menurutnya, penyediaan laporan itu adalah salah satu usaha bagi memastikan pengambil alihan industri air negeri daripada empat syarikat konsesi air dibuat dengan adil kepada semua pihak.

“Laporan ini antara lain mengambil kira kejuruteraan dan teknikal berkaitan bekalan air dan pengurusan pemprosesan air, loji- loji rawatan air, paip bekalan dan empangan serta sistem pam juga diberi perhatian ‘due diligence’ teknikal dan pengawasan harta tetap,” katanya dalam satu kenyataan media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, semalam.

Abdul Khalid berkata, sebelum ini tiada usaha menyeluruh yang diambil untuk mengenal pasti keseluruhan jumlah, lokasi- lokasi serta nilai aset air sebenar di negeri ini.

“Ini memberi peluang kepada syarikat konsesi mengambil kesempatan mengaut keuntungan yang berganda malah dalam dokumen perjanjian konsesi, sya-rikat konsesi dibenar menggunakan aset- aset tersebut tanpa dikenakan bayaran.

“Sebagai pemegang amanah kepada rakyat, Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk membuat inventori dan penilaian kesemua aset air yang bernilai lebih RM10 bilion,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri terus komited dalam usah penyu- sunan semula industri air negeri dengan memastikan kepentingan rakyat sentiasa dibela selari dengan agenda Merakyatkan Eko- nomi Selangor.

No comments: