Monday, February 14, 2011

Kuasa Allah jatuhkan Mubarak

Nik Aziz: Mubarak tersungkur kerana campurtangan Allah


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kejatuhan Hosni Mubarak sebagai presiden Mesir
Sabtu lalu (waktu Malaysia) disebabkan campurtangan Allah.

"Pandangan saya, ia benar-benar merupakan kuasa Allah SWT. Nampak sangat berlakunya campur tangan Allah SWT di dalam menjatuhkan rejim ini.


NONE
"Siapa yang menyangka Dataran Tahrir boleh memuatkan tiga juta manusia untuk mendesak Hosni Mubarak berundur?" katanya.

Nik Aziz berkata usaha
menjatuhkan Mubarak akibat usaha rakyat Mesir berkampung selama 18 hari di Dataran Tahrir di Kaherah bagi memastikan matlamat tercapai walaupun tanpa jaminan makan minum dan pengurusan seharian mereka.

"Pastinya ia terhasil ekoran perasaan tidak puas hati yang telah sekian lama terpendam. Tanpa peluru dan tanpa senjata, mereka akhirnya berhasil menjatuhkan Mubarak," katanya.


Menurut mursyidul am PAS itu lagi, sejarah negara itu menyaksikan penindasan terhadap para ulama yang begitu lama termasuk oleh Firaun yang mengaku dirinya tuhan.


"Yakinlah, kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Allah SWT yang pernah membekukan lautan untuk Nabi Musa itulah juga yang telah menjadikan api menjadi sejuk untuk Nabi Ibrahim.


"Dialah juga yang telah menyelamatkan perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Madinah dari dikesan oleh
special branch (cawangan khas) Quraisy.

"Maka, pelikkah jika Allah SWT boleh menjatuhkan mana-mana kerajaan pada hari ini dengan kuasa-Nya?" tegas Nik Aziz dalam satu kenyataan.

No comments: