Kematian ADUN Kerdau - Zahid Hamidi merepek
"GELI pula hati aku mendengar komen Zahid Hamidi di dalam berita Astro Awani apabila beliau mengulas kematian Adun Kerdau kelmarin. Beliau menyebut kematian Adun Umno tersebut merupakan ujian Allah terhadap Umno/Bn. Mengapa ke situ pula perginya Zahid Hamidi?
Apa pula kena mengena kematian, ajal dan maut dari Allah terhadap hambanya dengan Umno? Zahid jangan perasan sangat dan menyangka Allah merestui parti sekular yang bersekutu dengan Apco Yahudi Israel laknatullah itu. Apakah Zahid Hamidi percaya dan yakin benar bahawa Allah meredhai Umno yang sentiasa menolak hukum Islam itu? Bukankah tangan pemimpin Umno yang meluluskan lesen judi terbesar di Genting? Lesen kilang arak terbesar di Shah Alam? Lupakah Zahid tentang cita-cita pemimpin besar Umno yang mahu meluluskan lesen judi bola sewaktu kempen Bola Sepak Piala Dunia yang lalu? Masakan Zahid tidak tahu pemimpin Umno jugalah yang menulis surat kepada Kerajaan PAS Kelantan memberi amaran agar kerajaan negeri tersebut tidak melaksanakan undang-undang Islam termasuk hukum hudud? Parti seperti inikah yang Zahid rasa Allah redha?
Cukuplah Zahid. Setelah kamu menipu orang-orang Melayu berugama Islam dengan perjuangan sekular Umno itu, masakan dengan Allah yang maha mengetahui itu pun kamu mahu tipu? Kita kenal siapa Zahid Hamidi yang dulunya dinaikkan di dalam politik Umno oleh DS Anwar, kemudiannya cuba menunjukkan berani untuk bersama pejuang reformasi, tetapi baru beberapa hari ditahan akhirnya keluar di depan TV membaca skrip memburukkan DS Anwar dan mereka yang berjuang di dalam reformasi. Kedudukan beliau sekarang adalah `upah' yang beliau perolehi hasil dari mengkhianati perjuangan rakyat.
Pada kita yang komited dengan perjuangan, samada berlakunya kematian di kalangan Wakil Rakyat atau tidak, kita tetap terus berjuang kerana Allah sentiasa menguji kita di dalam keadaan senang atau pun susah.
No comments:
Post a Comment