Wednesday, February 9, 2011

Pokke lebih mahal dari katak Kulim

Pemburu pokke perlu modal besar

http://images03.olx.com.my/ui/11/99/35/1295520225_159399435_1-Pictures-of--tokkeTokekGeckoTokayPokke-Untuk-Dijual.jpgKULIM, 9 Feb. : Cicak besar, gecko atau lebih dikenali dengan panggilan pokke adalah sejenis cicak yang menjadi ‘kegilaan’ sesetengah pihak pada masa ini.

Ada yang sanggup untuk membeli haiwan ini dengan harga jutaan ringgit.

Sehingga kini khasiat yang ada pada pokke dikatakan mampu mengubati penyakit barah, Aids dan boleh dijadikan vaksin kepada senjata biologi merbahaya.

Walaupun sehingga kini tidak ada bukti yang mengatakan cicak ini mampu mengubati penyakit itu, tetapi ia terus menjadi buruan sehingga mereka sanggup merentasi benua.

Seorang pemburu pokke yang hanya dikenali dengan nama Mie berkata, sehingga kini kumpulannya sudah mengumpul lebih 4,000 haiwan eksotik itu.

“Untuk memburu pokke ia memerlukan modal yang besar selain kecekapan dan pengetahuan mengenai tempat persembunyian habitat ini. Kenyataan menyatakan cicak ini selalunya ditangkap pada waktu malam adalah tidak benar.

“Pokke akan bergerak aktif dan garang pada waktu malam serta operasi menangkapnya hanya boleh dibuat pada waktu siang sahaja. Di Kulim terdapat beberapa kawasan di mana pokke boleh diperoleh antaranya di banjaran Gunung Inaz di Sedim. Selain itu pokke juga boleh diperoleh di hutan Baling,” katanya.

Menurutnya, dia bersama empat ahli kumpulannya sering menangkap pokke di beberapa negara jiran antaranya Thailand, Myanmar, Laos dan Kemboja.

Katanya, ini kerana kebanyakan hutan yang ada di sana masih mengekalkan habitat asal pokke.

Dalam pada itu, dia berkata, di Thailand sahaja, lebih 30 kawasan hutan yang menjadi tempat persembunyian cicak itu.

“Selain itu, pokke juga adalah haiwan peliharaan bunian di mana fizikal cicak itu akan bertukar selepas dibawa keluar dari habitatnya. Sepanjang pengalamannya menjadi pemburu pokke sepenuh masa, saya pernah melihat pokke gergasi yang dipelihara oleh seorang ‘kiai’ (guru agama) di sebuah kampung di Surabaya.

“Bukan senang untuk memelihara pokke. Ini adalah kerana kos makanannya tinggi di mana RM30 hingga RM60 diperlukan untuk membeli makanan seperti cengkerik dan anak katak. Di Malaysia masih ada hutan yang mengekal habitat asal pokke tetapi semakin pupus berikutan pembangunan pesat hari ini,” katanya.

Menurutnya, harga pokke berubah mengikut pasaran dan cicak yang dipeliharanya sekarang ini seberat 280 gram hingga 400 gram.

Selain berhadapan dengan masalah kecurian, dia juga pernah ditipu oleh seorang peniaga yang mahu membeli 30 cicak itu darinya dengan harga RM300,000 sebelum sambutan Tahun Baru Cina lalu.

Katanya, selepas pokke diserahkan, tiada sebarang bayaran dibuat sehingga hari ini.SH

1 comment:

aku orang PAS said...

Kalu di kelate dia panggil pokko....jenih ngo dan nakal2 ganas...kahkahkah!