Monday, May 9, 2011

kerajaan tidak patut naikkan harga minyak


http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/IMG_1467-1.jpg?t=1290752572PARIT BUNTAR : Kerajaan tidak sepatutnya menaikkan harga minyak RON 97 ketika harga minyak di pasaran dunia jatuh menjunam, selepas tercetus kebimbangan terhadap permintaan tinggi di Amerika Syarikat.

Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, harga minyak mentah di pasaran dunia dilapor turun sejak Rabu terutama selepas berita kematian pemimpin Al Qaeda, Osama Ben Laden.

“ Kerajaan membuat keputusan yang songsang dan tidak mengikut petunjuk yang betul apabila melaksanakan harga minyak mengikut pasaran semasa dalam negara.

“Keputusan menaikkan harga minyak kali ketujuh dalam tempoh tertentu satu keputusan yang tidak waras,” katanya lagi.

Fakhrurrazi berkata, alasan yang seringkali digunakan kerajaan iaitu terpaksa menanggung subsidi akibat kenaikan harga bahan mentah itu juga tidak logik.

“Harga minyak di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding negara lain seperti China (RM2.41), Brunei (RM1.29), Bahrain (87 sen), Kuwait (81 sen), Arab Saudi (58 sen), Libya (43 sen) dan Venezuela (16 sen) bagi setiap liter.

“Subsidi yang diperkatakan kerajaan hanya lah ilusi tetapi tidak dapat dibuktikan dengan angka, di atas kertas dengan pembentangan akaun yang betul,” ujarnya.

Menurutnya lagi, kerajaan selalu berdolak dalih memberi alasan kenaikan harga minyak kerana tidak mumpunyai mekanisme untuk menurunkan harga minyak.

Pada satu masa kerajaan memberi alasan harga minyak naik kerana harga minyak mentah pasaran dunia naik. Malangnya, walaupun harga minyak dunia turun kerajaan tetap menaikkan harga minyak dalam Negara.

“ Kenaikan harga minyak ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional tidak lagi memikirkan beban yang akan ditanggung oleh rakyat” katanya

No comments: