Thursday, June 16, 2011

Anak muda teruja sertai himpunan Bersih

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjt53SGd0Dqi7Vnb_slK0_qNvxdboj89UuCUBxhM3iHeZe3RG1dDRQWtZBnFYkfkd9o18rFoJ_ve5P09oOECpPX4Q2hV3K6e3E7tLaTP55ND2MJXTuDKyU-3xk2rZPt4plrh-V-l-FxZ5w/s1600/bersih_2.jpgPARIT BUNTAR, 17 Jun : Pemuda PAS Parit Buntar akan menyambut seruan menyertai himpunan aman "Berjalan Untuk Demokrasi “ anjuran Gabungan Pilihan Raya dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berkata, orang ramai terutama anak muda di Parit Buntar begitu teruja untuk menyertai himpunan yang bertujuan menuntut pilihanraya yang adil dan bersih ini.

“ Setiap hari kami menerima pangilan daripada orang ramai terutama anak muda yang menyatakan minat dan kesanggupan menyertai himpunan ini.

“ Mereka lebih bersemangat walaupun kerajaan melalui media massa perdana memberi gambaran negatif terhadap himpunan aman ini” katanya

Beliau menolak tanggapan bahawa himpunan ini adalah ancaman kepada ekonomi negara khususnya industri pelancongan dan pelaburan asing.

“ Peserta himpunan yang bakal hadir adalah seramai 300 ribu orang. Mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain. Ini akan menguntungkan penjaja dan peniaga .

“ Bukan semua peserta himpunan berkenderaan ke Kuala Lumpur . Pastinya pemandu teksi , perkhidmatan bas dan LRT akan menerima keuntungan berganda” katanya

Beliau yakin masyarakat negara ini khususnya anak muda sudah jauh terbuka minda mereka terhadap himpunan aman.

“ Masyarakat sudah boleh menerima bahawa himpunan aman adalah suatu keperluan kepada negara demokrasi seperti Malaysia.

“ Himpunan aman adalah halal di sisi undang-undang negara malah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Malaysia” katanya

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Parit Buntar Hamndan Fadel Ahmad menyangkal tuduhan Presiden PERKASA Ibrahim Ali bahawa orang ramai yang berhimpun akan membaling batu dan membakar kereta.

“ Beliau membuat tuduhan rambang sebagai alasan untuk turut berarak menentang dan membuat provokasi terhadap himpunan Bersih yang sudah diatur awal.

“ Lebih baik ahli PERKASA berarak memburu pendatang asing yang memasuki Malaysia secara haram kerana pendatang asing ini lebih banyak melakukan kekacauan dan jenayah di Kuala Lumpur” katanya

Hamdan juga berharap pihak polis bersedia membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman supaya tiada kekacauan akan berlaku dan pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa.

No comments: