KUALA LUMPUR 16 JUN : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau yakin penglibatan pemimpin tertinggi Umno-Barisan Nasional dan polis dalam usaha melindungi trio 'Datuk T' daripada dikenakan tindakan undang-undang.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan media mengenai perkembangan terkini ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dilihat menyepikan diri kebelakangan ini.
"Saya tak tahu tapi (nampaknya)polis masih beri perlindungan. Ini adalah satu negara di mana video seks disebarkan seluruh negara dan polis tidak tahu nak buat apa? Sebab itu saya masih kekalkan (kenyataan) terdapat arahan dari pihak atasan (Umno)," tambah beliau.
Eskay adalah individu yang bertanggungjawab menayangkan video seks fitnah yang dikaitkan dengan Anwar di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.
Rakaman fitnah itu kemudian disebarkan menerusi Internet, dan diedarkan di pasar malam, dan dari rumah ke rumah selain diletakkan di masjid-masjid untuk mengaibkan Anwar.
Selain Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim, mengaku bertanggungjawab ke atas video namun setakat ini mereka tidak dikenakan sebarang pendakwaan kerana mengedar bahan lucah.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan juga tidak mengenakan hukum Qazaf terhadap mereka untuk membuktikan dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam rakaman.
No comments:
Post a Comment