Bukannya di Kuantan, tetapi di Kuala Lumpur, walaupun ceritanya berkisar kepada pentadbiran Menteri Besarnya, Adnan Yaakob.
Dikhabarkan Adnan yang menafikan rombakan kecil Exco negeri, sebenarnya sudah mendapat arahan dari Najib Altantuya sendiri, beberapa hari lalu setelah keluar hospital.
Najib Altantuya mahukan Adnan buat rombakan kecil bertujuan memastikan Umno-APCO terus memerintah negeri Tok Gajah tersebut, sekaligus menafikan kemaraan Pakatan Rakyat.
Adalah dipercayai, beberapa muka lama akan digugurkan termasuk Exco Kanan KERAjaan yang sudah beberapa penggal berkhidmat.
Nama-nama seperti Ishak Muhammad dan Sharkar Shamsuddin akan digantikan dengan muka baru.
Ia juga sebagai langkah menguatkan kedudukan Najib Altantuya yang kini semakin goyah di peringkat pusat.
Sumber-sumber yang rapat dengan PWTC memberitahu Najib Altantuya sedang terdesak menyegerakan rombakan kerana bimbang kedudukannya terancam, di samping kemaraan musuh politik dalam dan luar parti.
Belum jelas sama ada Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin akan campur tangan atau tidak, kerana nama-nama yang bakal disenaraikan bukan dari kemnya.
LAGI LAPORAN LANJUT MENYUSUL
JALAN PULANG
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan khabar angin kononnya beliau akan melakukan rombokan kecil exco negeri tidak lama lagi.
Beliau menegaskan, tiada sebab untuk melakukan rombakan tersebut memandangkan semua anggota exco telah menjalankan tugas dengan baik.
“Soal rombakan exco tidak timbul sama sekali.
Saya berpuas hati dengan semua anggota exco dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
“Berita tersebut mungkin sengaja digembar-gemburkan atau hanya cakap-cakap kedai kopi yang tidak boleh dipakai,'' katanya kepada pemberita selepas majlis Titipan Kasih di masjid Sultan Haji Ahmad Shah di Kampung Simpang Pelangai semalam.
No comments:
Post a Comment