Wednesday, August 17, 2011

TERKINI!! Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang hampir dibakar!



Kira-kira jam 620 pagi tadi, menerusi satu mesej Twitter Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik memaklumkan bahawa ibu pejabat DAP negeri di Jalan Talipon cuba dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mesej dari Wei Aik berbunyi:


@nweiaik Someone tried 2 torch down DAP Penang HQ around 3am. All the newspapers put outside the HQ have been burnt down. 2nd attack after 4days #fb


(Seseorang cuba untuk membakar Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang jam 3 pagi. Kesemua akhbar yang diletakkan di luar ibu pejabat dibakar. Serangan kedua dalam tempoh empat hari #fb)


Ahad lalu, premis yang sama diserang dengan semburan cat merah dan lemparan jus oren termasuk pejabat Wei Aik sendiri di Lorong Seratus Tahun, tidak jauh dari ibu pejabat DAP.


Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam reaksi segeranya di Twitter mengecam tindakan terbaru ini sebagai pengecut dan mahu pihak berkuasa menyiasat dalang di sebalik serangan kedua ini.


Adalah dipercayai pihak yang sama melakukannya untuk cuba menakut-nakutkan kerajaan negeri yang semakin mendapat perhatian dari rakyat dengan slogan CAT (Cekap, Akauntibiliti dan Telus) nya.

No comments: