Thursday, September 15, 2011

LAMA DAH TUNGGU!!! Negara tak pernah dijajah, kenapa UMNO belum buat kenyataan menyokong kangkong belaan?

http://malaysia831.com/data/image/merdeka.jpgPenantian memang satu penyeksaan.

Bukan setakat rakyat Malaysia saja yang merasakannya, rupanya Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz juga berkongsi perasaan yang sama.


Apakah Umno-APCO kini terjerat dengan kenyataan sendiri ekoran penafian demi penafian bahawa Tanah Melayu sebenarnya tidak pernah dijajah.


Padahal bukti sejarah dan beratus-ratus fakta sahih termasuk dari Muzium London turut didedahkan untuk membuktikan bahawa Tanah Melayu pernah dijajah hingga mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.


Semestinya Tuan Guru akan menunggu dan terus menunggu apa pula hujah Umno-APCO termasuk para profesor kang kung nya untuk terus mengelirukan rakyat Malaysia.



Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau masih menanti pendirian dan jawapan rasmi Umno berhubung kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British dan mana-mana kuasa asing lain.


Menulis di laman Facebook pagi ini, Nik Aziz berkata Umno sehingga ini masih belum memberikan sebarang respons perkara itu walaupun banyak pihak tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan MPN itu.


“Bismillah . . . saya membelek akhbar-akhbar tempatan dan menanti melalui media massa, pemimpin Umno sampai ke saat ini belum memberikan respons terhadap pandangan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.


“Barangkali isu ini kecil bagi mereka atau bagaimana? Atau dalam hal ini pemimpin Umno dengan bertanggungjawab sekalipun yang mengeluarkan pandangan itu adalah ahli Umno . . . bahkan bekas presiden Umno pun dilaporkan bersetuju,” kata Menteri Besar Kelantan ini.


Sebelum ini PAS mencabar Umno untuk menyatakan pendirian parti Melayu terbesar itu namun sehingga kini tiada jawapan yang diberikan.


Menurut Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku kerajaan pusat yang memerintah negara sejak 54 tahun lalu, Umno yang kini diterajui Datuk Seri Najib Razak harus menyatakan pendirian parti itu.


Isu negara tidak pernah dijajah terlebih dahulu dibangkitkan jurucakap MPN Profesor Datuk Dr Zainal Kling dan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.


Mereka mengatakan bahawa kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan Raja-raja Melayu dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran dengan kedaulatan tetap pada raja.


Selain itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.

Beliau berkata British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”

No comments: