Thursday, September 15, 2011

TALIAN HAYAT!!! UMNO bergantung sungguh dengan orang PENCEN, Kenapa ya?

UMNO dah semakin teruk, dah semakin hilang arah.

Dah banyak isu, dah banyak kes Utusan Meloya dan TV3suku media belaan UMNO akan menggunakan orang yang berumur 60 tahun ke atas sebagai tukang jawab soalan pemberita.

Dalam isu Mat Indera ni pun sekali lagi polis-polis pencen dan askar-askar pencen dilayan sebegitu baik oleh UMNO. Setiap hari akan keluarlah polis pencen dengan askar pencen yang menjawab soalan pemberita membelasah Mat Sabu dan pembangkang. Kemudian ditayangkan dan dipaparkan di media belaan UMNO.

Kemudian untuk membuat laporan polis pun , golongan inilah yang diperdaya UMNO untuk membanyakkan laporan polis kepada Mat Sabu. Lihat gambar di bawah, orang Batu Gajah pun kenal orang-orang tua ini UMNO totok.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvzeNB_h6x0KxkaScHFaMRkCoqRIhn-jCBTSS9lzbdbgn3T1Kd1-5cQw9DWyUNNbDDKqyg_m2lRrBhSzP1y2cLxGm75e6gJrZdMUxR6omePVqobY15Kb30Evy1YIeQ3Wzj1I0Lf7tWvNc/s1600/DSC_0692.JPG

Wakil Persatuan Bekas Perajurit kawasan Batu Gajah, Wakil Ketua kampung dan orang perseorangan anggota di sekitar Batu Gajah membuat laporan polis terhadap Mat Sabu

Bukan polis dan askar pencen sahaja, kangkong yang dah patut pencen pun mendapat tempat memberi kenyataan. Sehingga terkeluar kenyataan negara kita tak pernah dijajah, disokong pula oleh PM pencen.

Mungkin inilah sahaja golongan yang masih kuat menyokong UMNO. Golongan saluran 1 ini adalah talian hayat UMNO yang perlu dijaga , dilayan dengan baik. Jika tak dilayan sempurna mungkin tak adalah talian hayat UMNO ini.

Golongan ini juga mudah diperdaya oleh UMNO tidak seperti golongan muda yang tidak mudah diperdaya. Ust. Tuan Ibrahim Ketua Penerangan PAS ada pesan kepada golongan ini ,(PASPB)

bacalah :

Kalau anda ingin mengenali seseorang itu tua atau muda, anda boleh menilai dari perbualan mereka.

Seandainya orang yang anda temui itu berbicara banyak mengenai perkara-perkara yang lepas, dan menceritakan tentang pengalaman hidupnya yang lalu, itulah tanda yang sedang berbicara itu sudah tua.

Akan tetapi kalau perbicaraannya menceritakan apa yang sedang berlaku, atau apa yang akan dilakukan, maka ianya tanda orang itu muda.

Ini antara petanda usia seseorang. Memang realiti orang yang lama akan seronok berbicara apa yang telah mereka lalui, memberi gambaran suka dan duka. Seperti kisah-kisah kehidupannya di zaman Jepun, susahnya kehidupan dahulu, nostalgia harga barang murah, kenakalan zaman remajanya dulu yang tidak seperti kenakalan remaja sekarang dan sebagainya.

Itulah putaran kehidupan, dan kalau anda bertemu dengan orang tua begini, layanlah perbualannya dengan baik. Sekali-sekala sampuklah cakapnya, agar dia rasa seronok. Kerana itulah keindahan orang tua.

Begitulah keadaan yang sedang dialami oleh Umno sekarang yang seronok berjumpa dengan bekas-bekas polis, tentera dan pegawai pencen. Kepada mereka, layanlah UMNO seadanya. Kerana sebagaimana biasa, hanya menjelang pilihanraya umum anda diingati, dan selepas PRU13 ini, mungkin UMNO sudah tidak jumpa anda lagi.

Seperti biasa, kalau secara tiba-tiba dijanjikan sesuatu, dengar sajalah. Sudah 12 kali, masakan tidak kenal perangai ini lagi. Jangan bantah nanti 'dia' kecil hati. Tetapi pada masa yang sama, anda tidak perlu terlalu percaya janjinya, sebab orang tua kadang-kadang tidak ingat apa yang dijanjikan. Kena ingat itu kerana ianya boleh melindungi anda daripada dikecewakan lagi.

Masa mendengar cerita sembang, ingatlah juga dalam hati waktu dia kuat dan muda dulu, dia tidak menjenguk pun anda. Hanya kini setelah dia rasa kesunyian dan sendirian, maka dia akan datang berbual, ajak makan-makan, sembang cerita lama dan secara halus-halus ingin mengingatkan anda tentang jasanya, tetapi menutup segala kemungkarannya.

Kalau anda berbual dengan pimpinan UMNO sebegini, layanlah dia dengan baik, kerana mungkin 'ajalnya' sudah tidak lama. Kalau anda membantahnya, dia akan kecil hati dan menuduh anda tidak menghormati orang tua.

Kini Umno menghimpunkan generasi lama. Barangkali kerana mereka mengganggap jurang mereka dengan generasi muda semakin besar, dan generasi muda berinternet tidak mudah menerima ‘cerita reka’ mereka. Generasi tua ini pula dianggap mereka baik, yang tak berinternet lagilah bagus, lebih-lebih lagi kerana ia sebaya.

Dipetik daripada blog Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man

No comments: