Wednesday, September 21, 2011

Polis dalang bakar rumah Mat Sabu?

Ketua Polis Negara, Ismail Omar menafikan dakwaan anak lelaki Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu iaitu Ahmad Saiful Islam, 23, bahawa polis menjadi dalang dalam cubaan membakar rumah mereka.

“Orang menuduh polis macam-macam jadi timbanglah sendiri, pada saya bila satu kejadian berlaku, kita adalah satu agensi yang telah menekankan selama ini dan akan datang, bahawa kami agensi profesional,” katanya dipetik Bernama Online.
“Kita bersikap terbuka dan adil dengan semua pihak,” katanya selepas Majlis Pelancaran Triaj PDRM di Balai Polis Travers.
Rumah Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu cuba dibakar oleh individu tidak dikenali selepas disimbah cecair dipercayai minyak tanah, tengah malam semalam.
Apa yang penting, Polis mesti menyiasat perkara ini dengan terperinci dan mengheret sesiapa yang terlibat ke muka pengadilan. Sudah acap kali berlaku insiden di mana Polis menyiasat tetapi tiada tindakan susulan dilakukan terutama yang melibatkan pimpinan PR dan ahli-ahlinya. Kerap kali laporan Polis atau SPRM yang kita buat tidak mendapat khabar berita.Mutaligat

4 comments:

otaklunyai said...

Tidak mustahil... dlm kedaan kegawatan etika dan moral dan tangan2 ghaib yg berkepentingan... jadi sapa yg layak utk siasat... tak da ke lagi institusi yg masih suci dan tidak tercemar di negara ini...

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

BANYAK RUMAH MAT SABU YER...
MACAM MANA DIA BOLEH ADA 2/3 BIJIK RUMAH? AMBOI! PEJUANG RAKYAT DERITA RUPANYA KAYA RAYA...

Anonymous said...

ala luncai rumah mat sabu taraf rumah orang biasa, bukan macam rumah pemimpin UMNO. Rumah warisan org tua mat sabu kat penang pun hang kira jugak. sah la hang pencacai umporno yang suka fitnah

Anonymous said...

Tu lah hang luncai jadi pencacai umporno duduk setinggan ke flat DBKL. tu lah stnd hang, tuan hang duduk banglo... pya lah bodoh, memang pencacai umporno berjiwa hamba.. stnd hamba mcm tu lah mane boleh lwn tuan tanah....