Tuesday, January 3, 2012

9/1/12!!!! RPK tabur fitnah, UMNO cetus provokasi


Tahun baru 2012 menyaksikan betapa nota merah dikeluarkan kepada pencacai nombor wahid Umno-APCO, Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Sesudah sedap membelasah mahasiswa yang tidak berpihak kepada rejim pemerintah, kini 9 Januari pula bakal menguji kewibawaan pasukan keselamatan yang sebenarnya sudah kita boleh jangkakan!


Lupakan pancutan air semasa pertabalan menteri besar haram Perak, Zambry Abdul Kadir di Kuala Kangsar, ketepikan sejenak insiden 9 Julai 2011 yang terus menunjukkan betapa Umno-APCO memperalatkan polis semata-mata untuk terus berkuasa.


Dan tinggal 6 hari lagi kita semua akan turun tanpa rasa gentar berdepan dengan ratusan malah mungkin juga ribuan anggota berpakaian biru atau merah yang bersedia membelasah kita tanpa rasa kasihan.


Tidakkah Khalid Abu Bakar fikir wang gajinya yang dicucuk di mesin ATM itu wang rakyat yang dia arahkan supaya membelasah rakyat kembali?


Apakah pegawai polis terfikir wang siapakah yang mereka guna sehari-hari datangnya dari mana kalau bukan rakyat yang menjadi tuan di negara ini?


Ayuh semua, awal pagi 9 Januari ini, kita nyalakan obor kebebasan rakyat yang sebenar!


Jangan gentar, jangan takut, jangan bimbang!


Percayalah, kita hanya takut kepada Allah SWT semata-mata!


JALAN PULANG


Dalam suasana rakyat Malaysia yang masih menyambut ketibaan tahun baru dengan semangat kesetiakawanan dan perpaduan pelbagai kaum, Umno-Barisan Nasional (BN) terus dengan sifat angkuh mereka dan beranggapan rakyat mudah diperbodohkan.


Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, keterdesakan Umno-BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin terserlah dan jelas tidak boleh diselindung lagi.


“Perkiraan Najib untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh terdekat ini bakal mengundang padah yang besar bagi dirinya dan isteri beliau Rosmah Mansor serta pada keseluruhan parti usang Umno-BN.


“Umum mengetahui bahawa strategi serangan terhadap Anwar Ibrahim adalah usaha terus-terusan Umno-BN dan menghumban Anwar ke dalam penjara dianggap bakal memberi sedikit nyawa untuk mereka terus wujud dan merompak harta rakyat dan negara,” tegas beliau dalam satu kenyataan media hari ini.


RPK tabur fitnah lagi


Menurut Saifuddin, terbaru sekali adalah kepolokkan Utusan Malaysia dan Berita Harian, media pembohong milik Umno yang cukup pantas memetik dan memperbesar kenyataan Raja Petra Kamaruddin (RPK) tentang fitnah dan tohmahan kes salah laku seks terhadap Anwar di muka hadapan akhbar masing-masing.


“Umum tidak harus lupa bahawa RPK yang kini semakin diketahui sebagai ‘blogger upahan Umno’ juga pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shariibuu tidak lama dahulu yang walaubagaimanapun, sememangnya dan tentunya tidak dilapor langsung oleh akhbar-akhbar ini,” katanya.


Fitnah pertuduhan liwat yang selama ini menjadi ancaman kepada Najib dan Rosmah bakal diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tanggal 9 Januari 2012 ini.


Ujar Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang, “terdesaknya Umno adalah apabila belum apa-apa, hasrat rakyat kebanyakan untuk keluar memberi sokongan kepada Anwar terus dianggap sebagai cubaan mencetuskan huru-hara.


“Harus ditekankan bahawa Anwar merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR,” tegasnya.


Sebagai seorang pemimpin politik katanya, tentunya Anwar mempunyai pengikut dan penyokongnya.


Kehadiran pengikut dan penyokong Anwar dan anggota-anggota PKR dan Pakatan Rakyat bagi menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak harus dianggap sebagai cubaan menghuru-harakan negara.


Umno cetus provokasi


Tegas beliau, “dari nada pimpinan Umno dan media milik Umno berhubung perkara ini kebelakangan ini serta dari pengalaman lampau, saya dapat menjangka bahawa Umno sendirilah yang akan mencetuskan provokasi pada hari tersebut.


“Saya sekali lagi menyeru kalangan anggota dan penyokong PKR untuk berhati-hati dan tidak terjebak dengan perangkap Umno-BN yang ingin menjadikan 9 Januari ini suatu hari hitam dalam diari perjuangan kita,”


Katanya lagi, nyata keterdesakan Umno-BN untuk terus mengekang dan memadam kebangkitan rakyat telah menjangkau ke tahap kritikal. Umno-BN kini umpama ‘telur di hujung tanduk’.


“Rakyat dan pengundi negara ini telah celik dan cukup sedar bahawa Umno-BN telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang dimandatkan untuk memimpin negara dan membela nasib mereka.


“Kesemua penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pimpinan Umo-BN yang telah dibongkar masih belum dapat dijawab oleh Najib dan kabinetnya,” tambah beliau.

1 comment:

Anonymous said...

bodhnya blogger nanti ak hack account blog ko, baru tau