Tuesday, January 3, 2012

DAH TIADA HUJAH!!! UMNO fitnah PAS guna bomoh Siam

Oleh: Saiburi Sudin

Hujah dibalas hujah, auta dibalas fakta... sehingga akhirnya UMNO tertiarap dalam isu Madrasah Salihiah. Tapi bagi UMNO, biaq jatuh tersungkok tapi misai jangan sentuh tanah. Itulah semangat sang wira perkasa.

Berpecak dengan tenaga pun kalah, bersilat dengan keris pun akhirnya keris menikan diri sendiri maka sewaktu tersungkur ke tanah kebetulan terhidu bau taik.

Secepat kilat taik itu pun digengam dan dilemparkan ke muka lawan. Aduss itulah ibaratnya UMNO.. kini menjadikan FITNAH sebagai peluru menyerang kerajaan negeri.


SS siarkan lagi di sini serangan terbaru juhalak UMNO (dari blogger pro Mukhriz) berupa fitnah jahat setelah tidak mampu berhujah, demi menegakkan benang basah mereka.


Di Kedah Ir AMIRUDDIN (bekas jurutera MADA dan mantan Pengurus Projek di BDB) mendesak Majlis Fatwa dengan menjual nama MB agar dibuat fatwa Kedua untuk membolehkan tanah wakaf khas digadai oleh MAIK kepada pengusaha Cina Kristian. Satu situasi yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam.

SS: Adakah ahli majlis fatwa semua JAHIL dan PENAKUT belaka sehingga dengan mudah boleh dipaksa oleh seorang Exco? Perlu apa mereka takutkan MB sedangkan mereka dilantik oleh Tuanku Sultan bukannya MB? Berikut adalah senarai ahli Majlis Fatwa yang jahil itu: Dato' Syeikh Baderuddin Haji Ahmad, Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Ain As-Syam, Mesir), Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman), Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan), Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan), Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan) Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan (M.Ed)), Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya - Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir - Sarjana Muda (BA) Syariah).


Dah berbuih mulut2 kita dok habag tanah wakaf itu dipindah (istibdal) bukan digadai kepada pemaju.. tapi buat-buat pekak badak,ketegaq, hati batu, degil, hati perut dah tertutup tak mau nak faham juga.


Pihak kerajaan negeri dan pemaju telah 6 kali menghantar bomoh Hindu dan Siam, menanam benda-benda pelik di sekeliling kawasan Madrasah, namun kuasa Allah mengatasi segalanya.Tanpa mahu menuduh mungkin bomoh-bomoh ini adalah rakan-rakan mamak padukang Jahubar Sathik MD BDB yang turut terlibat dalam projek Aman Central ini.




SS: Bilal bin Rabah orang Habasyi yang hitam legam tu pun Rasulullah SAW muliakan, tak hina tak kutuk, tapi Jahubar Sathik dihina sebagai mamak padukang hanya kerana dia berkulit gelap. Inilah perangai 'Islam ala UMNO' yang sungguh keji dan terkutuk.

Jahubar Sathik orang yang mengucap, bersolat dia pun tau hukum halal haram, dia pun tahu hukum syrik menggunakan bomoh Hindu dan Siam. Kerajaan Negeri juga dituduh... makna MB, Exco dan pegawai2 kerajaan negeri semuanya sesat barat, syrik belaka guna bomoh Hindu dan Siam.. siap depa tau 6 kali. Hak tu SS tak mau jawab serah dekat rakyat jelata... fikirlah sendiri akan akal dan hati budi pihak pemfitnah.


Seminggu yang lalu, meskipun surat MAIK bertarikh 10 November 2011 mohon pentadbir tanah Kota Setar menangguhkan perobohan madrasah sehingga perbincangan lanjut dibuat dengan jawatankuasa kariah madrasah, namun 4 orang wakil pemaju 3 orang wakil pejabat tanah Kota Setar dengan diiringi pegawai bernama Rezuan, tanpa sebarang notis, hanya menggunakan notis mulut dan air liur telah masuk ke dalam premis madrasah dan berkata dengan angkuh, 'NI AKU NAK BAGITAU, HANGPA KENA KOSONGKAN BANGUNAN NI DENGAN SEGERA'.



SS: Ni dia surat tuu. Ada tak depa minta tangguh PEROBOHAN madrasah? Baca elok2.. tak ada pun. (Soheh blogger UMNO tu dapat F kertas Bahasa Malaysia SPM dulu). Yang diminta ialah menangguhkan pengosongan.

Mungkin pihak madrasah perlu masa untuk kosongkan, fail2 syarikat insuran yang banyak tu tak sempat nak pindah, perlu masa untuk pindahkan fail.. jadi itu yang diminta oleh MAIK untuk bagi sedikit masa. Ada pun cerita pegawai yang cengey tu..

SS tak sempat check ada ke pegawai nama Rezuan kat Pejabat Tanah pi dengan angkuh macam cerita pegawai zaman British. Zaman laa ni tak dak dah pegawai macam tu abang oii, hang buat skrip cerita Indonesia bolehlaa.


Jadi bagi orang luar yang tidak tahu cerita sebenar dan hanya bermain dengan dugaan nakal, dipersilakan ke Madrasah untuk melihat sendiri dokumen, bukti bertulis, warta, minit mesyuarat fatwa, geran tanah wakaf khas dan apa jua dokumentasi terlibat. Dan kita boleh bermuzakarah secara molek tanpa libatkan emosi dan sentimen kepartian.

SS: Ewahh, hang maki hang fitnah berkandag lepas tu ajak muzakarah dengan molek tanpa emosi.


Dan jika umat Islam di Kedah sendiri memperlekahkan usaha ini dan melabelkan madrasah Salihiah yang berusia 106 tahun dengan pelbagai gelaran, maka tidaklah lojik jika sebuah rumah Allah seperti MADRASAH SALIHIAH terpaksa bergantung harap pada DAP Laknatullah dan PKR pejuang pluralisme agama (kedua-duanya rakan baik PAS) untuk membantu mempertahankan Madrasah Salihiah.

SS: Fitnah ni pun tak larat dah nak jawab... Madrasah yang kononnya berusia 100 tahun tu (sila lihat gambar) telah pun dirobohkan sekitar tahun 2007 masa BN perintah Kedah. Masa roboh tu awat puak2 UMNO tak lawan habis-habisan.


Jadilah umat ISLAM yang berani bukan dayus dan bacul hanya kerana disogok oleh pemaju Cina Kristian dengan ringgit yang berguni-guni.

SS: Berapa guni pemaju Cina Kristian tu sogok? Berapa orang pemimpin PAS dah (sejak merdeka) yang dihadapkan ke mahkamah kerana makan rasuah? Orang PAS lebih teliti soal haram haram berbanding UMNO di mana rasuah sudah menjadi budaya hidup mereka. Tak percaya tanya Tun Mahathir.


SS punya banyak masa untuk tahun 2012 ni.. Insya Allah SS berazam akan perangi habis-habisan segala dakyah, fitnah dan pembohongan UMNO bagi mempastikan golongan yang bermuka-muka di hadapan rakyat ini dinyahkan dari persada kuasa.

Kedah La

2 comments:

Anonymous said...

umno ingat org2 pas khurafat macam depa
percaya pada bomoh2. dahlah tak tahu dosa/pahala dan tuduh org lain macam depa jugak.

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu